Anda membeli barang secara online? Mesti banyak barang yang anda beli sepanjang PKP ini bukan? Sudah pasti anda ingin membuat semakan selepas membuat pembayaran dan ingin mengetahui kedudukan terkini barang anda selepas anda menerima nombor tracking yang diberi oleh penjual.
Jika penjual online menggunakan perkhidmatan penghantaran Skynet dan sudah semestinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk membuat semakan tracking barang anda dengan mudah dan pantas.
Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti di bawah.
Langkah-Langkah Membuat Semakan Tracking
Isi Kandungan
Untuk membuat semakan dengan mudah dan pantas, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti berikut :
1. Anda masuk ke link portal rasmi Skynet berikut : http://www.skynet.com.my/
2. Anda klik bahagian ‘Track’
3. Masukkan nombor tracking yang telah diberikan kepada anda. Pastikan anda memasukkan nombor tracking dengan betul. Kemudian klik ‘Track’
4. Keputusan tracking akan dipaparkan seperti berikut.
5. Jika anda meletakkan nombor yang tidak betul, ia akan mengeluarkan paparan seperti ini.
Muat Turun Aplikasi
Anda juga boleh memuat turun aplikasi tracking Skynet ini melalui telefon anda.
- Android : Skynet
- iOS : Skynet
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi nombor berikut :
Mudah dan pantas, bukan? Segalanya ada dihujung jari anda sahaja. Semoga dengan perkongsian ini, akan memudahkan anda untuk menyemak tracking barang anda.
Sumber :
- Skynet
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.