Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bandingkan Harga Pakej Internet Di Asia Tenggara. Negara Mana Paling Murah?

2,117

Pelbagai rungutan didengari berkaitan dengan penggunaan internet. Pakailah secanggih telefon mana sekalipun, kelajuan internet tetap perlahan. Sudahlah mahal harganya setiap bulan, perlahan pula untuk loading.

Jika dibandingkan dengan negara lain, tinggal atas gunung pun masih lagi menggunakan wifi untuk tonton drama dari telefon. Mungkin perkhidmatan internet di Malaysia dalam penambahbaikan dan pada masa akan datang kelajuan internet lebih baik daripada negara lain.

Tapi, betul ke harga internet di Malaysia sangat mahal dan tidak berbaloi? Jika ya, jom kita bandingkan dengan negara lain yang dikongsikan disini.

PERBANDINGAN HARGA INTERNET DI NEGARA ASIA TENGGARA

1. MALAYSIA

Penyedia perkhidmatan internet di Malaysia pastinya Telekom Malaysia atau Unifi merupakan satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar utama dan terbesar di Malaysia.

Pakej paling murah yang disediakan kepada pelanggan adalah pakej RM89 dengan perkhidmatan akses tanpa had pada kelajua 30mb/s.

2. SINGAPURA

Terdapat dua syarikat yang menyediakan perkhdmatan internet yang terbesar di Singapura iaitu Singtel dan Starhub. Pastinya terdapat persaingan harga dan sudah pasti pelanggan rasa agak berbaloi untuk melanggan internet kerana menawarkan:

  • Kelajuan internet : 1Gb/s (1000mb/s)

Harganya pula:

  • Singtel : SGD49.90 / RM151.90 (Kontrak 2 tahun)
  • Starhub : SGD39.90 / RM121.90 (Kontrak 2 tahun)

3. THAILAND

Negara Thailand pula mempunyai pelbagai jenis syarikat perkhidmatan internet kerana kerajaan Thailand membenarkan persaingan dengan pasaran terbuka.

Antara syarikat yang menjadi pilihan adalah True Online Internet kerana mempunyai langganan yang terbesar dan pakej yang disediakan ialah:

  • Pakej 200 mb/s : RM80.80
  • Pakej 1gb/s : RM175 sebulan

4. FILIPINA

Begitu juga dengan negara Filipina yang mempunyai banyak syarikat perkhidmatan internet dan syarikat yang menjadi pilihan adalah PLDT atau Philippine Long Distance Telephone Company dan ianya agak sama dengan Telekom Malaysia atau UNIFI.

Pakej yang disediakan ialah:

  • 50mb/s : P2499 / RM211.15

5. INDONESIA

Sama seperti negara lain, Indonesia juga mempunyai pelbagai jenis tawaran melalui IndiHome oleh Telkom Indonesia dan ianya menjadi pilihan utama penggunanya. Pastinya syarikat ini merupakan syarikat yang dimiliki kerajaan Indonesia sendiri.

Tawaran pakej yang disedikan oleh IndiHome ialah:

  • 10mb/s : IDR300,000 / RM86.80
  • 100mb/s : IDR885.00 / RM256.10

Jadi. yang mana paling mahal, murah dan berbaloi? Rujuk jadual dibawah:

Bandingkan Harga Pakej Internet Di Asia Tenggara. Negara Mana Paling Murah?

Walaupun perkhidmatan kurang memuaskan, tetapi pakej yang disediakan oleh UNIFI masih lagi mampu milik dan berbaloi berbanding negara Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia..

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...