Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa golongan B40 untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS bagi Tahun 2022.
Dapatkan syarat-syarat utama permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS bagi Tahun 2022 disini sebelum membuat permohonan anda.
Jika permohonan anda lulus, sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda meringankan beban dalam menyediakan kelengkapan persekolah anak-anak pada tahun 2022.
INFO BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS
Isi Kandungan
Bantuan Awal Persekolahan MAINS diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada mereka yang layak pada setiap tahun.
Ia diwujudkan dengan tujuan:
- Membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun bermula persekolahan.
TARIKH PERMOHONAN
Orang ramai boleh membuat permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS mulai:
- 1 Disember 2021 – 15 Mac 2022
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS
Pastikan anda membaca terlebih dahulu apakah syarat-syarat utama permohonan untuk Bantuan Awal Persekolahan MAINS yang telah ditetapkan dan syarat-syarat tersebut ialah:
- Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Terbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah.
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, muat turun borang permohonan terlebih dahulu dipautan berikut:
- https://www.mains.gov.my/v1/images/borang/borangsekolah.pdf
- Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
Seterusnya, lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan
- Salinan sijil nikah/sijil cerai/sijil kematian (jika berkenaan)
- Salinan penyata akaun bank/pengesahan akaun bank
- Slip gaji/Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)
- Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2022 Dinaikkan Sehingga RM150. Syarat Kelayakan Masih Sama!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS melalui saluran berikut:
- E-mel: [email protected]
- Telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405
- Laman web : https://www.mains.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.