Informasi

Bantuan Bencana Banjir / Bantuan Musibah Pelajar UMK. Semak Cara Mohon Di Sini

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

7 January 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Banjir yang datang tidak mengira kawasan dan mangsanya. Malahan pelajar universiti juga turut menjadi mangsa serta kehilangan harta benda yang berharga termasuk pelbagai dokumen penting akibat banjir.

Prihatin dengan nasib pelajarnya, Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar (STKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berusaha mendapatkan maklumat mahasiswa / mahasiswi yang terlibat / terkesan dengan bencana banjir yang melanda pada tahun ini untuk diberikan bantuan yang sewajarnya.

Bagaimanakah caranya untuk pelajar UMK membuat permohonan Bantuan Musibah ini? Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara membuat permohonan Bantuan Musibah serta syarat permohonannya.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BENCANA BANJIR / BANTUAN MUSIBAH PELAJAR UMK

Syarat bagi permohonan Bantuan Bencana Banjir Pelajar UMK adalah seperti berikut:

  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UMK
  • Terlibat dengan masalah banjir
  • Disahkan benar melalui dokumen sokongan yang dikemukakan

CARA PERMOHONAN BANTUAN BENCANA BANJIR / BANTUAN MUSIBAH PELAJAR UMK

Untuk membuat permohonan Bantuan Bencana / Bantuan Musibah ini, anda hanya perlu:

Bantuan Bencana Banjir / Bantuan Musibah Pelajar UMK. Semak Cara Mohon Di Sini

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN BENCANA BANJIR / BANTUAN MUSIBAH PELAJAR UMK

Sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut semasa membuat permohonan Bantuan Bencana Banjir / Bantuan Musibah Pelajar UMK:

  • Salinan Kad Pengenalan pelajar
  • Surat Pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan / Penghulu / Ketua Kampung
  • Salinan Laporan Polis
  • Gambar kediaman dan kerosakan
  • Senarai kerosakan / kerugian pelajar
  • Penyata akaun bank (BIMB)

Bantuan Bencana Banjir / Bantuan Musibah Pelajar UMK. Semak Cara Mohon Di Sini

Baca juga: PeKa B40 Masih Beroperasi, Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bencana Banjir / Bantuan Musibah Pelajar UMK di saluran berikut:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.