Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rakyat Terengganu Bakal Terima Bantuan i-Fitri RM250 Hingga RM400 Raya 2022 Nanti

1,055

Kerajaan Negeri Terengganu telah membantangkan Belanjawan 2022 dan boleh dikatakan belanjawan kali ini memberi pelbagai manfaat kepada rakyat negeri tersebut.

Ini kerana kerajaan Negeri Terengganu bakal memberikan bantuan berbentuk wang tunai kepada setiap rakyatnya mengikut kategori sempena hari raya nanti.

Apakah bantuan-bantuan yang bakal diterima oleh penduduk negeri Terengganu nanti?

BANTUAN i-FITRI NEGERI TERENGGANU

Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri Terengganu yang layak melalui bantuan i-Fitri pada tahun 2022.

Bantuan i-Fitri ini juga akan diberikan kepada rakyat negeri Terengganu mengikut kategori yang telah ditetapkan.

JUMLAH BANTUAN i-FITRI TERENGGANU

Rakyat negeri Terengganu akan menerima bantuan i-Fitri mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH MISKIN

  • RM400

KATEGORI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,500-RM5,000

  • RM250

Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Dalam perkembangan yang lain pula, kerajaan negeri Terengganu juga akan memberikan bantuan berjumlah RM150 secara one-off kepada:

  • 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500

Ini adalah bertujuan untuk menyokong kehidupan isteri dan kaum ibu di negeri Terengganu.

Kaum belia di negeri Terengganu juga tidak dilupakan kerana bakal menerima RM150 juga secara one-off kepada:

  • 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Seterusnya, kerajaan negeri Terengganu juga akan memberikan bantuan sebanyak RM150 secara one-off bernilai RM150 kepada:

  • 8,900 orang kurang upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,00 dan ke bawah.

Rakyat Terengganu Bakal Terima Bantuan i-Fitri RM250 Hingga RM400 Raya 2022 Nanti

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dapat Bonus RM700

Semua belanjawan ini adalah sedikit meningkat dari tahun 2021 iaitu RM1.657 bilion, sedikit meningkat berbanding RM1.375 bilion pada tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM1.657 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM600 juta perbelanjaan pembangunan dan RM40 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Kenyataan ini adalah berdasarkan pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet).

Syukur buat rakyat negeri Terengganu kerana bakal menerima bantuan pada hari raya nanti dan bolehlah menyambut hari raya dengan gembira kerana bakal terima duit hari raya daripada kerajaan negeri Terengganu.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...