Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000

1,095

Negara Malaysia di kejutkan dengan beberapa musibah yang melanda negara dan paling terburuk iaitu banjir di pantai timur serta yang paling mengejutkan iaitu banjir besar di negeri Selangor.

Apa yang menyedihkan, ada yang terputus hubungan, terperangkap dalam banjir sehingga berjam-jam lamanya dan tiada bekalan makanan!

Berikutan hal ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan dan inisiatif kepada semua golongan yang terjejas akibat banjir seperti yang dikongsikan ini.

PERUNTUKAN AWAL RM100 JUTA

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk aktiviti pemulihan pasca banjir bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur yang rosak.

SENARAI BANTUAN & INISIATIF

Menurut Perdana Menteri, selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beliau mengumumkan bantuan berikut sebagai tindakan segera bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir:

  • Peningkatan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada RM1,000 (dari RM500) bagi setiap isi rumah. Bayaran ini akan disegerakan untuk Keluarga Malaysia yang terjejas.
  • Penyaluran RM50 juta serta-merta kepada NADMA/Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi bantuan segera kepada keluarga yang terjejas dalam bentuk keperluan asas seperti tilam, selimut, pakaian, tuala wanita, susu dan lampin bayi serta makanan.
  • Peruntukan awal RM100 juta bagi persediaan usaha pemulihan pasca-banjir. Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha membaiki rumah-rumah dan infrastruktur awam yang rosak akibat bencana banjir. Peruntukan ini akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan.
  • Sumbangan secara geran padanan dari GLC dan GLIC dengan pihak Kerajaan berjumlah RM40 juta bagi tujuan bantuan kepada mangsa.
  • Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya institusi perbankan menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam yang terkesan akibat musibah ini.
  • Cuti kecemasan akan diberikan kepada semua kakitangan awam yang terkesan. Bagi kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi cuti berbayar atau “paid leave” kepada pekerja dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.
  • Selain itu, setiap PPS akan dilengkapi dengan pasukan perubatan dengan sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat.
  • Kemudahan asas seperti tandas awam mudah alih dan bekalan air bersih akan disediakan bagi memastikan keselesaan mereka yang ditempatkan di PPS.

INFOGRAFIK SENARAI BANTUAN

Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000

Geran Padanan

Cuti Berbayar

Kemudahan Asas

Cuti Kecemasan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...