Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuka permohonan Bantuan Insentif Pemandu Teksi dan Bas Sekolah Isejahtera Pulau Pinang bagi Tahun 2022.
Para pemandu teksi dan bas sekolah di Pulau Pinang boleh mendapatakan syarat kelayakan disini seterusnya membuat permohonan secara online.
Jangan lupa untuk menyediakan dokumen sokongan seperti mana yang telah ditetapkan agar permohonan anda dapat diproses dengan segera.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PEMANDU TEKSI & BAS SEKOLAH PULAU PINANG
Isi Kandungan
Semua pemandu teksi dan bas sekolah di Pulau Pinang boleh membuat permohonan mulai:
- 10 Disember 2021
Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segara sebelum tarikh tutup pada:
- 10 Januari 2021
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PEMANDU TEKSI & BAS SEKOLAH
Pastikan anda memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
PEMANDU TEKSI
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Memiliki Kad Pemandu yang masih sah tempoh laku
- Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja
BAS SEKOLAH
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku
- Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja
- Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
PEMANDU TEKSI
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pemandu
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
BAS SEKOLAH
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Permit Bas Sekolah
- Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan adalah secara online sahaja. Klik pautan permohonan berikut:
- Kemudian pilih KADUN MENGUNDI dan klik untuk membuat permohonan pada bahagian bawah.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Jangan lupa untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik DAFTAR untuk menghantar permohonan anda.
Permohonan anda telah selesai.
Jangan lupa ya, sila renew lesen memandu dan roadtax kenderaan anda sebelum 31 Disember 2021 ini. Risau nanti kena saman dengan JPJ pula!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumayt lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Insentif Pemandu Teksi dan Bas Sekolah Isejahtera Pulau Pinang bagi Tahun 2022, sila hubungi Seksyen Pengangkutan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri atau Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang di saluran berikut:
- 04-650 5681/04-650 5789
- En Shahimi: 012-550 8389
- iSejahtera Pulau Pinang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.