Insentif RM1,000 Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik. Download Borang Disini
Anak-anak pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipelawa untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik.
Jika lulus permohonan, anak-anak pesara yang ingin menyambung pengajian di Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik, mereka akan menerima insentif sebanyak RM1,000.
Muat turun borang permohonan Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik disini dan buat permohonan setelah faham syarat kelayakan yang ditetapkan.
JUMLAH INSENTIF BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM/IPTS TERPILIH/POLITEKNIK
Isi Kandungan
Jumlah insentif yang akan diterima oleh pelajar sekiranya lulus permohonan, adalah sebanyak:
- RM1,000
Insentif ini juga turut dipanjangkan bagi kemasukan bagi program matrikulasi dan Asasi Sains.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan untuk Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik terbahagi kepada dua.
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
SYARAT UMUM
- Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.
SYARAT KHUSUS
- Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
(Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran) - Pembayaran bantuan hendaklah menggunakan akaun peribadi individu yang diluluskan sahaja. Akaun bersama adalah tidak dibenarkan.
- Nama pemohon mestilah mengikut ejaan di kad pengenalan pemohon. Sekiranya nama pada akaun bank berbeza dengan kad pengenalan, pemohon hendaklah mengemaskini nama di bank terlebih dahulu. (Rujukan: Pekeliling SPANM Bil. 7 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Pegurusan Bayaran).
CARA MOHON INSENTIF BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM/IPTS TERPILIH/POLITEKNIK
Muat turun borang permohonan terlebih dahulu melalui pautan berikut:
- https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang/category/9-bahagian-kebajikan?
- Lengkapkan borang permohonan anda
Anda juga boleh membuat semakan senarai IPTS di sini dan pastikan IPTS anda berada dalam senarai yang layak untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik.
Baca juga: Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam, IPTS Terpilih/Politeknik sila dapatkan di:
- 03-2697 6600/03-2050 8000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.