Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga menerima beberapa keistimewaan dalam bentuk bantuan kewangan serta pelbagai kemudahan lain sama seperti pelajar yang lain.
Untuk membantu mengurangkan beban pelajar OKU di IPT, Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Isntitusi Pengajian Tinggi.
Menariknya disini, elaun khas yang diberikan ini adalah TIDAK mengambil kira taraf pendapatan pemohon sebagai syarat kelayakan.
Baca juga: MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT
INFO RINGKAS BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Isi Kandungan
Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU.
Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini.
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh pembiayaan adalah mengikut tempoh tajaan seperti:
Sijil
- 2 Tahun: Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00
Diploma
- 3 Tahun: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00
Sarjana Muda
- 4 Tahun: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00
Diploma Lepasan Ijazah
- 2 Tahun: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00
Sarjana
- 2 Tahun: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00
Ph.D
- 4 Tahun: Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
Antara syarat permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU ialah:
- Pelajar warganegara Malaysia.
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
- Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
- Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru.
KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PELAJAR OKU
Kaedah pembayaran kepada pelajar IPT OKU adalah seperti berikut:
ORANG KURANG UPAYA
1. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)
- Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
- Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
- Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
- Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
- Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.
2. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja)
- Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
- Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
- Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)
- Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.
- Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :
a) RM 3660/Semester 1 sahaja.
b) RM 3360/Semester 2 hingga 4.
KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT
Anda boleh menyemak kategori yuran yang layak dan tidak layak dituntut adalah seperti berikut:
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Permohonan adalah secara online dan salinan dokumen yang diperlukan perlu dimuat naik dengan lengkap.
- Invois asal hendaklah dihantar ke alamat dibawah:
Kementerian Pengajian Tinggi,
Bahagian Biasiswa,
Unit Pra Perkhidmatan,
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat selanjutnya mengenai Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT, sila hubungi:
- Kementerian Pengajian Tinggi,
Bahagian Biasiswa,
Unit Pra Perkhidmatan,
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya. - No Hotline : 03-8888 1616
- Rosnidah Binti Ab.Rahim: [email protected]
- Kalaivani A/P M Vadivelu: [email protected]
- Nor Hidayah Binti Harun @ Zakaria: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.