Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka. Dapatkan Borang Terlebih Dahulu Ya!
Ibu Tunggal di negeri Melaka dipelawa untuk memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka.
Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka telah dibuka mulai 19 Januari 2022 dan permohonan adalah secara fizikal dengan mendapatkan borang di lokasi yang akan dinyatakan disini nanti.
Seterusnya dapatkan cara membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka disini.
INFO RINGKAS BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA
Isi Kandungan
Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka ini disediakan dengan tujuan:
- Membantu meringankan beban ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi menghadapi alam persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
TARIKH PERMOHONAN
Ibu Tunggal di negeri Melaka boleh membuat permohonan dengan mengisi borang mulai:
- 19 Januari 2022
SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA?
Mereka yang layak memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka ini adalah:
- Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan.
- Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan.
- Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.
SYARAT MOHON
Pastikan anda semua membaca dahulu syarat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka.
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal.
- Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,169.00 atau RM310.00 per-kapita.
- Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah serta masih bersekolah.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara manual dengan mendapatkan borang dilokasi berikut:
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
- Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.
- Kompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan.
Dapatkan senarai JAPERUN di pautan berikut: https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun
Jika anda ingin dapatkan bantuan daripada JKM pula, sila buat pendaftaran secara online seperti yang dikongsikan melalui pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka, anda boleh menghubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka disaluran berikut:
- 06-231 0334
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.