Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit
Sekiranya anda mengetahui tentang sesiapa atau rakan, keluarga mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19, boleh minta mereka membuat permohonan Bantuan Khas sehingga RM5,000 dari kerajaan yang diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Permohonan adalah melalui pos, emel atau whatsapp ke NADMA selepas melengkapkan borang permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19.
Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.
INFO BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID-19 NADMA
Isi Kandungan
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID-19 NADMA
Antara syarat kelayakan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA adalah seperti berikut:
- Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
- Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
- Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Muat turun borang permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA dan lengkapkan borang permohonan berikut:
Hantar borang permohonan yang lengkap ke saluran berikut:
- Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN) - Emel: [email protected]
- Whatsapp: +6011-1321 8056
DOKUMEN SOKONGAN
Hantar borang permohonan anda bersama dokumen seperti berikut:
- Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
- Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran adalah secara:
- Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.