Bantuan Kerajaan

Tarikh Bayaran RM500 Bantuan Pemandu E-Hailing Yang Belum Terima Bermula 10 September 2021

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

10 September 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Baru-baru ini pemandu e-hailing yang sepatutnya menerima Bantuan One-Off RM500 PEMERKASA+ telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.

Berikutan hal tersebut, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan bahawa semuapemandu e-hailing yang belum menerima sebarang bayaran bantuan one-off RM500 akan dikreditkan bayaran ke akaun bank masing-masing mulai 10 September 2021.

Para pemandu e-hailing boleh membuat semakan akaun bank masing-masing bermula 10 September 2021 dan semoga bayaran bantuan yang diberikan dapat membantu semua pemandu yang terjejas pendapatan ketika ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN ONE-OFF PEMANDU E-HAILING

Tarikh bayaran Bantuan One-Off Pemandu E-Hailing bagi pemandu yang belum menerima sebarang bayaran adalah bermula:

  • 10 September 2021

JUMLAH BANTUAN

Pemandu yang belum menerima sebarang bayaran Bantuan One-Off Pemandu E-Hailing akan mendapat bantuan sebanyak:

  • RM500 sekali bayar

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN ONE-OFF PEMANDU E-HAILING

Kaedah pembayaran yang akan dibuat adalah secara:

  • Auto-kredit ke akaun pemandu terlibat

TARIKH BAYARAN BANTUAN SEBELUM INI

Sebelum ini tarikh bayaran kepada pemandu e-hailing yang layak adalah pada:

  • 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021

JUMLAH PEMANDU YANG TERIMA BAYARAN BANTUAN RM500 ONE-OFF

Jumlah pemandu e-hailing yang akan menerima bayaran Bantuan One-Off adalah sebanyak:

  • 27,627 pemandu

SEMAKAN BANTUAN

Anda boleh membuat semakan Bantuan One-Off dipautan berikut:

KENYATAAN MEDIA

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan Malaysia untuk rujukan anda:

Tarikh Bayaran RM500 Bantuan Pemandu E-Hailing Yang Belum Terima Bermula 10 September 2021

No photo description available.

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.