RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah menawarkan anak Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pegajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta satu bentuk bantuan secara tunai setiap seorang.
Bantuan tersebut ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off atau BUDI akan diberikan secara tunai setiap seorang sebanyak RM2,000.
Sekurangnya dengan pemberian ini, tiada anak Negeri Sabah yang tercicir dalam pengajian terutamanya di IPTA atau di IPTS tempatan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI
Isi Kandungan
Jumlah bayaran bantuan adalah sebanyak:
- RM2,000/sekali bayar atau one-off
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI
Tarikh permohonan untuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI ialah bermula:
- Mac sehingga 31 Oktober 2021
KRITERIA & KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI
Antara kriteria dan kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS 2021 untuk kemasukan kali pertama di IPT seluruh Malaysia yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Pemohon berasal dari Negeri Sabah
- Merupakan golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 ke bawah
- Untuk pelajar Sarjana Muda sahaja
- Pemohon mestilah mendapat pengesahan kemasukan IPT
- Pelajar yang mendapat tajaan tidak layak memohon bantuan ini.
2 KAEDAH MEMOHON BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI
Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan bantuan ini iaitu:
ONLINE
- Klik PERMOHONAN dan klik DAFTAR sekiranya belum pernah mendaftar.
- Masukkan NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMEL.
- Klik DAFTAR.
- Seterusnya LOG MASUK
MANUAL
- Muat turun borang di pautan: https://mttk.sabah.gov.my/media_file/fail/Borang
- Isikan borang permohonan anda dengan lengkap.
- Hantarkan borang serta dokumen ke alamat berikut:Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,
Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
- Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI, sila hubungi:
- Puan Rosni Leong: 08-8369 865
- Puan Mary: 08-8369 890/872
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.