Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

4,217

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah menawarkan anak Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pegajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta satu bentuk bantuan secara tunai setiap seorang.

Bantuan tersebut ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off atau BUDI akan diberikan secara tunai setiap seorang sebanyak RM2,000.

Sekurangnya dengan pemberian ini, tiada anak Negeri Sabah yang tercicir dalam pengajian terutamanya di IPTA atau di IPTS tempatan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI

Jumlah bayaran bantuan adalah sebanyak:

  • RM2,000/sekali bayar atau one-off

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI

Tarikh permohonan untuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI ialah bermula:

  • Mac sehingga 31 Oktober 2021

KRITERIA & KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI

Antara kriteria dan kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS 2021 untuk kemasukan kali pertama di IPT seluruh Malaysia yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
  • Pemohon berasal dari Negeri Sabah
  • Merupakan golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 ke bawah
  • Untuk pelajar Sarjana Muda sahaja
  • Pemohon mestilah mendapat pengesahan kemasukan IPT
  • Pelajar yang mendapat tajaan tidak layak memohon bantuan ini.

2 KAEDAH MEMOHON BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN SECARA ONE-OFF BUDI

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan bantuan ini iaitu:

ONLINE

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

  • Klik PERMOHONAN dan klik DAFTAR sekiranya belum pernah mendaftar.

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

  • Masukkan NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMEL.
  • Klik DAFTAR.

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

  • Seterusnya LOG MASUK

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

MANUAL

  • Isikan borang permohonan anda dengan lengkap.
  • Hantarkan borang serta dokumen ke alamat berikut:Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,
    Jalan Sulaman, Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
  • Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
  • Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
  • Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off BUDI, sila hubungi:

  • Puan Rosni Leong: 08-8369 865
  • Puan Mary: 08-8369 890/872
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...