Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300. Buat Semakan Sekarang

7,127

Terkini, rakyat negeri Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sudah boleh membuat semakan status Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 sekarang. Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 ini diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah berikutan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di negeri tersebut sejak akhir-akhir ini.

Berapakah jumlah bantuan tersebut? Jumlah Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 ini adalah sebanyak:

  • RM300 seorang

Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah adalah merupakan bantuan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 yang lalu.

MANFAAT BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19 SABAH

Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 ini memberikan manfaat kepada golongan sasar seperti:

  • Sektor pertanian
  • Pelancongan
  • Pengangkutan
  • Anak yatim
  • Ibu tunggal
  • Golongan kurang upaya (OKU)

Bantuan ini tidak melibatkan permohonan baru kerana data yang diambil untuk Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 diambil daripada pelbagai kementerian seperti:

  • Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
  • Pelbagai agensi yang berkaitan

Oleh itu, pemohon perlu membuat semakan semula status mereka sama ada layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19 SABAH

Cara-cara untuk membuat semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah adalah seperti berikut:

Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300. Buat Semakan Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di:

  • Telefon: 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...