Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP & Dapatkan Syarat-Syaratnya Disini

159

Usahawan asnaf di negeri Pulau Pinang yang terjejas akibat Covid-19 dipelawa untuk memohon Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini membantu para usahawan asnaf di Pulau Pinang untuk meneruskan kembali perniagaan mereka yang terjejas selama ini.

Dapatkan dahulu syarat kelayakan sebelum membuat permohonan Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang.

TARIKH MOHON BANTUAN USAHAWAN ASNAF ZAKAT PULAU PINANG

Semua usahawan asnaf Zakat Pulau Pinang boleh membuat permohonan mulai:

  • 6 hingga 12 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan asnaf Zakat Pulau Pinang yang ingin memohon Bantuan Usahawan Asnaf Pulau Pinang perlu menepati syarat yang ditetapkan iaitu:

  • Perniagaan dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bantuan ini tidak termasuk kepada penjaja kecil/tepi jalan, pasar malam/pasar tani yang telah dibuka permohonan sebelum ini.
  • Perniagaan mestilah mempunyai premis/kedai/bengkel dan memiliki produk sendiri serta perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Belum menerima apa-apa jenis bantuan perniagaan Zakat Pulau Pinang pada tahun 2021.
  • Bersedia untuk mendapat bimbingan dan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Zakat Pulau Pinang.

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan Bantuan Usahawan Asnaf Pulau Pinang dengan mendapatkan borang permohonan di:

Kaunter Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang
No.4 Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Seterusnya, borang yang lengkap diisi dihantar ke alamat sama seperti diatas.

Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP & Dapatkan Syarat-Syaratnya Disini

Baca juga: Warga Emas Lebih 50 Tahun Dah Boleh Tunai Umrah, Arab Saudi Batal Had Usia Bagi Visa Umrah

MAKLUMAT LANJUT

Ingin tahu maklumat lanjut mengenai Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Zakat Pulau Pinang disaluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...