Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

10,233

Mulai 15 Jun 2021, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Tambahan secara one-off sebanyak RM300 seorang kepada semua penerima yang layak dan bantuan khas sebanyak RM500 setiap seorang.

Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada semua penerima mulai 15 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021.

Permohonan adalah secara online untuk mereka yang tidak pernah menerima Bantuan Kecemasan MAIWP sebelum ini.

Baca juga: Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3.0. Mohon Segera

TUJUAN BANTUAN KECEMASAN ZAKAT KHAS MAIWP 3.0

Tujuan sebenar Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP 3.0 ini dibuka adalah untuk:

  • Membantu golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan perintah kawalan pergerakan 3.0 oleh kerajaan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN ZAKAT KHAS MAIWP 3.0

Permohonan Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP 3.0 akan dibuka mulai:

  • 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Manakala bantuan untuk penerima yang layak akan disalurkan secara berperingkat mulai:

  • 15 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021

JENIS BANTUAN

Jenis bantuan yang akan disalurkan adalah:

  • Bantuan Tambahan: RM300 one-off
  • Bantuan Zakat Khas: RM500 one-off

Selain daripada itu, RM500.00 secara one-off akan disalurkan kepada JAWI untuk diagihkan kepada 1362 orang Guru KAFA dan 248 orang Guru Lantikan Sekolah SRA/KAFA di Wilayah Persekutuan.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 MAIWP adalah seperti berikut:

  • Menetap di Wilayah Persekutuan
  • Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  • Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
  • Pemohon tidak pernah menerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0

Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

CARA MOHON BANTUAN KECEMASAN ZAKAT KHAS MAIWP 3.0

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/
  • Buat pendaftaran.
  • Log masuk menggunakan Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Isi maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen yang dikehendaki.
  • Kemaskini maklumat tanggungan.
  • Hantar permohonan anda.

Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

Manakala mereka yang telah menerima bantuan kecemasan PKP 2.0 akan menerima secara automatik RM300.00 yang akan disalurkan bermula 15 Jun sehingga 15 Julai 2021 secara berperingkat.

Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang masalah,boleh hubungi talian Hotline MAIWP seperti berikut:

  • Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012- 512 7614
  • Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Labuan: 013-8516066
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...