Permohonan

Cara Mohon Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

17 January 2022
2 min baca
Isi Kandungan

Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipelawa untuk memohon Bantuan Zakat Persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM bagi tahun 2022.

Bantuan Zakat Persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM adalah dengan tujuan untuk membantu kakitangan UKM dalam persiapan anak-anak kakitangan UKM untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2022.

Macam mana nak buat permohonan? Dapatkan cara-caranya disini.

TARIKH PERMOHONAN

Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memerlukan Bantuan Zakat Persekolahan, anda boleh membuat permohonan mulai:

  • 15 Januari 2022 sehingga 27 Februari 2022

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM

Sebelum mohon, baca dahulu syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Merupakan warga kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
  • Anak yang bersekolah berumur dalam lingkungan antara 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2022)

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Persekolahan Anak-Anak Kakitangan UKM:

  • Dokumen pendapatan suami dan isteri selama sebulan (penyata gaji/penyata pencen/ surat pengesahan/ pendapatan bekerja sendiri)
  • Kad Pengenalan atau Sijil Lahir Anak (Yang Bersekolah Sahaja)
  • Sijil kematian (Jika berkaitan)
  • Sijil Cerai (jika berkaitan)
  • Surat pengambilan anak angkat (jika berkaitan)
Nota: Isikan kesemua maklumat tanggungan termasuk pasangan pada maklumat tanggungan.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • https://zakat.ukm.my
  • Buat pengesahan diri dengan memasukkan Nombor Matrik/UKMPer/Pengenalan dan kata laluan anda pada borang di bawah.

Cara Mohon Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

KADAR BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM

Kakitangan UKM yang berjaya dalam permohonan akan menerima bayaran bantuan sebanyak:

  • RM200/Secara One-Off

Cara Mohon Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Baca juga: Cara Buat Tebusan Bantuan Peralatan Sekolah Lembaga Zakat Selangor, Buat Semakan Dahulu!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Zakat Persekolahan Kakitangan UKM dengan menghubungi staf yang terlibat di saluran berikut:

  • 03-8921 4225: UKM Bangi
  • 03-9145 6526: Kampus PPUKM, UKM KKL
  • 03-8921 4225 / 5820: Bahagian Zakat, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.