Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipelawa untuk memohon Bantuan Zakat Persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM bagi tahun 2022.
Bantuan Zakat Persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM adalah dengan tujuan untuk membantu kakitangan UKM dalam persiapan anak-anak kakitangan UKM untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2022.
Macam mana nak buat permohonan? Dapatkan cara-caranya disini.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memerlukan Bantuan Zakat Persekolahan, anda boleh membuat permohonan mulai:
- 15 Januari 2022 sehingga 27 Februari 2022
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM
Sebelum mohon, baca dahulu syarat-syarat permohonan seperti berikut:
- Merupakan warga kakitangan UKM
- Beragama Islam
- Tergolong dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
- Anak yang bersekolah berumur dalam lingkungan antara 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2022)
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Persekolahan Anak-Anak Kakitangan UKM:
- Dokumen pendapatan suami dan isteri selama sebulan (penyata gaji/penyata pencen/ surat pengesahan/ pendapatan bekerja sendiri)
- Kad Pengenalan atau Sijil Lahir Anak (Yang Bersekolah Sahaja)
- Sijil kematian (Jika berkaitan)
- Sijil Cerai (jika berkaitan)
- Surat pengambilan anak angkat (jika berkaitan)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dipautan berikut:
- https://zakat.ukm.my
- Buat pengesahan diri dengan memasukkan Nombor Matrik/UKMPer/Pengenalan dan kata laluan anda pada borang di bawah.
KADAR BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM
Kakitangan UKM yang berjaya dalam permohonan akan menerima bayaran bantuan sebanyak:
- RM200/Secara One-Off
Baca juga: Cara Buat Tebusan Bantuan Peralatan Sekolah Lembaga Zakat Selangor, Buat Semakan Dahulu!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Zakat Persekolahan Kakitangan UKM dengan menghubungi staf yang terlibat di saluran berikut:
- 03-8921 4225: UKM Bangi
- 03-9145 6526: Kampus PPUKM, UKM KKL
- 03-8921 4225 / 5820: Bahagian Zakat, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.