Jangan Lupa Bayar Zakat Selepas Dapat Dividen ASB. Ini Cara Kiraan Yang Anda Perlu Ambil Tahu

23 Disember 2020 merupakan hari yang ditunggu oleh pemegang unit Amanah Saham Bumiputera atau ASB kerana masing-masing menunggu pengumuman oleh PNB mengenai kadar dividen dan bonus bagi tahun 2020.

Kadar dividen bagi tahun 2020 ialah sebanyak 4.25 dan pemberian ehsan sebanyak 0.75 bagi 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ke 30 ASB.

Mungkin ada yang merungut dividen kali ini sedikit namun harus bersyukur kerana masih lagi diberikan dividen walaupun negara mengalami masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara atau kaedah pengiraan zakat bagi mereka yang cukup haul dan mencapai nisab yang ditetapkan melalui perkongsian ini.

Jangan Lupa Bayar Zakat Selepas Dapat Dividen ASB. Ini Cara Kiraan Yang Anda Perlu Ambil Tahu

CARA PENGIRAAN ZAKAT ASB 2020

Seperti yang dikongsikan oleh PPZ-MAIWP, pengiraan zakat ke atas pelaburan AB adalah berdasarkan kaedah dan situasi seperti berikut:

A. Pelaburan Menggunakan Wang / Modal Sendiri

Untuk situasi ini, formulanya adalah seperti berikut:

[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen/ Pendapatan ASB] x 2.5% (Kadar Zakat)

Contoh 1:

RM30,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM1,050 (Dividen / Pendapatan ASB 2019 iaitu 5.50%)
= RM211,000 x 2.5%
= RM5,275
Zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM5,275

Contoh 2:

RM15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM825 (Dividen / Pendapatan ASB 2019 iaitu 5.50%)
= RM15,825 x 2.5%
= RM395.62
Zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM395.62

B. Pelaburan Melalui Pembiayaan ASB Melalui Loan Bank

Pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja.

Manakala modal pelaburan tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.

Kes 1: Dividen / Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.

Contoh:

Modal Pelaburan Maksimum RM200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen / Pendapatan ASB 2019: 5.50% dari RM200,000 = RM11,000
= RM11,000 x 2.5%
= RM275
Zakat yang dikenakan adalah RM 275

Nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2019 iaitu RM13,968.

Kes 2: Dividen / Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.

Zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen / pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Contoh:
Modal Pelaburan Maksimum RM200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen / Pendapatan ASB 2019: 5.50% dari RM200,000 = RM 1,000

Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM13,188
= RM11,000 (dividen/pendapatan ASB) – RM13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM (2,188)

Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Zakat tidak dikenakan jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.

C. Perolehan Selepas Penyerahan Semula Sijil Pembiayaan Pelaburan ASB

Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.

Contoh:

Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:
[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%
[RM22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM200,000) + RM11,000 (dividen tahun semasa ASB)] = RM33,002.61
= RM33,002.61 x 2.5%
= RM825.06
Zakat dikenakan adalah RM825.06

Contoh:

Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.

[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM11,000 (nilai dividen semasa ASB)] = RM211,000
= RM211,000 x 2.5%
= RM5,275
Zakat dikenakan adalah sebanyak RM5,275

KIRA ZAKAT SECARA ONLINE

Anda boleh sahaja membuat kiraan zakat secara online melalui pautan berikut:

SUMBER

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.