Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan Dikreditkan Mulai 28 September 2021. Jangan Lupa Check Akaun Anda Nanti

2,317

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima bayaran bagi Fasa 3 tidak lama lagi.

Ini kerana YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing mulai 28 September 2021.

Selain itu, penerima BPR rayuan juga akan menerima bayaran pada tarikh yang sama dan anda dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu.

TARIKH BAYARAN FASA 3 & RAYUAN

Untuk makluman semua, tarikh bayaran BPR untuk fasa 3 dan rayuan adalah bermula pada tarikh berikut:

  • 28 September 2021

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 3 & RAYUAN

Berapa pula jumlah bayaran BPR bagi fasa 3 dan rayuan kali ini?

Jumlah bayaran bayaran BPR adalah seperti berikut:

BPR Fasa 3

  • RM1,400

BPR Rayuan

  • RM2,300

JADUAL & CARA PEMBAYARAN BPR FASA 3 & RAYUAN

Anda boleh membuat semakan pembayaran mengikut BPR Fasa 3 dan Rayuan seperti jadual dibawah:

JENIS PENERIMA TARIKH PEMBAYARAN CARA PEMBAYARAN
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR 28 – 30 September 2021 Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) Mulai 28 September 2021 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

CARA SEMAKAN BPR FASA 3 & RAYUAN

Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan

  • Klik pada LOG MASUK

Cara MohoBPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonann & Syarat Kelayakan BPR 2021. Semak & Mohon Disini

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan klik SEMAK
  • Isikan huruf CAPTCHA yang dipaparkan.
  • Masukkan KATA LALUAN yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Klik LOG MASUK.
  • Klik SEMAK dan skrin akan memaparkan status anda.

Rujuk: BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500 di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566

KENYATAAN MEDIA

Anda boleh rujuk kenyataan media mengenai hebahan bayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan seperti berikut:

Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan Dikreditkan Mulai 28 September 2021. Jangan Lupa Check Akaun Anda Nanti

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...