Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kini, Beli Barang Runcit Dengan Pandamart. Tiada Caj Penghantaran, Percuma

1,826

Terkini, anda boleh membeli barang-barang runcit dengan menggunakan perkhidmatan daripada Foodpanda iaitu Pandamart pula. Ia diperkenalkan oleh Foodpanda dan Pandamart ini merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan runcitnya yang terbaru.

Perkhidmatan penghantaran ini melibatkan lebih daripada 3,500 produk dan merangkumi 100 jenama antarabangsa dan juga produk tempatan seperti:

  • Barang keperluan rumah
  • Barangan segera
  • Produk kecantikan
  • Ubat-ubatan

LOKASI PERKHIDMATAN PANDAMART

Perkhidmatan penghantaran Pandamart ini sebenarnya sudah beroperasi secara online bermula bulan Julai yang lalu dan buat masa sekarang boleh didapati di 25 lokasi sekitar :

  • Lembah Klang
  • Pulau Pinang
  • Johor

SENARAI 25 LOKASI PERKHIDMATAN PANDAMART

  1. Bangsar
  2. Setapak
  3. Subang
  4. Ampang / Cheras
  5. Bukit Tinggi
  6. Bukit Jalil
  7. Petaling Jaya
  8. KLCC
  9. Puchong
  10. Balakong
  11. Kajang
  12. Setia Alam
  13. Kota Damansara
  14. Shah Alam
  15. Ara Damansara
  16. Selayang
  17. Sungai Buloh
  18. Cyberjaya
  19. Bayan Lepas
  20. Georgetown/Jelutong
  21. Perai/Bukit Mertajam
  22. Mount Austin
  23. Universiti Teknologi Malaysia
  24. Permas Jaya
  25. Mont Kiara

CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN PANDAMART

Untuk menggunakan perkhidmatan pengahantaran barang runcit Pandamart, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Buka aplikasi Foodpanda anda.
  • Klik SHOPS.

Kini, Beli Barang Runcit Dengan Pandamart Pula

Kini, Beli Barang Runcit Dengan Pandamart Pula

  • Pilih PANDAMART (pada bahagian Fastest Delivery)
  • Pilih barangan runcit yang anda mahukan dan masukkan dalam CART.

Kini, Beli Barang Runcit Dengan Pandamart Pula

  • Daftar keluar dan lakukan pembayaran atas pembelian anda.

Kini, Beli Barang Runcit Dengan Pandamart Pula

PEMBELIAN MINIMUM & CAJ PENGHANTARAN PANDAMART

Jumlah pembelian minimum adalah berjumlah:

  • RM5

TEMPOH PENGHANTARAN

  • Tempoh penghantaran adalah selama 20 minit sahaja dan bergantung kepada jumlah barangan yang anda order.

CAJ PENGHANTARAN

  • Caj penghantaran item Pandamart adalah percuma sepanjang tempoh empat bulan pertama pembukaan Pandamart baharu. Kemudiannya akan dicaj RM1 hingga RM2 untuk setiap penghantaran.

Nak berjimat lagi? Dapatkan vouchers dan promo codes Foodpanda bagi bulan Disember 2020 disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...