Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5750 Kampit Beras Percuma Setiap Minggu Untuk Golongan B40

1,399

Golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak pernah dilupakan untuk menerima pelbagai bantuan. Terkini, golongan B40 ini menerima bantuan sebanyak 5750 kampit beras percuma setiap minggu melaluui Program MyBeras@Wilayah.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (My5) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Untuk makluman anda, Program My5 ini akan dijalankan sepanjang tahun 2021 dengan 5 program utama dan tambahan Program MyBeras@Wilayah.

GOLONGAN SASARAN PROGRAM MyBERAS@WILAYAH

Golongan sasaran yang akan menerima beras setiap minggu ialah:

  • Golongan B40

Golongan B40 ini mestilah mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan berikut:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

BENTUK BANTUAN PROGRAM MyBERAS@WILAYAH

  • Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.

TEMPOH PENGAGIHAN BERAS MELALUI PROGRAM MyBERAS@WILAYAH

Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program MyBeras@Wilayah akan mengagihkan beras kepada golongan B40 ini bermula:

  • 31 Januari 2021
  • Setiap minggu

5750 Kampit Beras Percuma Setiap Minggu Untuk Golongan B40

CARA MENDAPATKAN BERAS MELALUI PROGRAM MyBERAS@WILAYAH

  • Penerima yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing.
  • Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan.
  • Penerima boleh ke lokasi pengagihan yang tercatat di belakang kupon dalam tempohsahlaku kupon.
  • Sekiranya tempoh sahlaku tamat, sila berhubung dengan MPP berkaitan.

5 PROGRAM UTAMA PROGRAM MY5

Terdapat 5 program utama dalam Program My5 iaitu:

  • MYJob@Wilayah
  • MYSchoolBus@Wilayah
  • MYGrocer@Wilayah
  • MYFood@Wilayah
  • MYMedic@Wilayah

MYGrocer@Wilayah

Menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

MYFood@Wilayah

Memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan dan memerlukan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan program ini.

Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

Rujuk: Program My5 Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 Diperluaskan Dengan 5 Manfaat

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...