Berhati-hati iPhone User! Kini Scammer Boleh Hantar Calendar Notification Untuk Hack Wang Dari Dalam Akaun Bank Anda
Pengguna iPHone Perlu Berhati-Hati
Isi Kandungan
Baru-baru ini kebanyakan pengguna iPhone telah menerima notifikasi yang berbentuk kalendar atau Calendar Notification dan ianya adalah notifikasi daripada scammer dan anda boleh kehilangan wang daripada akaun bank anda tanpa anda sedari.
Jika anda pengguna iPhone dan menerima sebarang notifikasi berbentuk kalendar, anda diminta supaya tidak klik notifikasi tersebut atau padamkan daripada setting iPhone anda.
Contoh Spam Calendar Notification
Ini adalah contoh notifikasi yang dihantar oleh scammer ke iPhone anda.
Jika anda lihat contoh notifikasi yang dihantar, ia seolah-olah menunjukkan anda memenangi pelbagai jenis hadiah, iPhone terkena virus, clear iPhone, perlu fix iPhone dan ianya lebih kepada menggalakkan anda untuk klik notifikasi tersebut seterusnya link kepada scammer dan ia memudahkan mereka untuk hack akaun bank anda.
Langkah-Langkah Delete Spam Calendar Notification
Berikut adalah langkah-langkah untuk delete Calendar Notification daripada setting iPhone anda
- Anda pergi ke bahagian ‘Setting’
- Kemudian ‘Password Account’.
- Klik ‘Subscribed Calendars’
- Klik ‘Subscribe’
- Delete Account
Atau anda boleh klik pautan ini untuk tutorial / panduan delete Calendar Notification : https://youtu.be/udFmikjmHzc
Cepat Delete Sebelum Terlambat
Anda juga dinasihatkan supaya mencegah perkara ini sebelum terlambat dan jika anda tidak membuat sebarang tindakan mungkin wang didalam akaun anda tiba-tiba berkurang tanpa anda sedar.
Rata-rata pengguna iPhone mengucapkan terima kasih atas perkongsian posting dan mengetahui cara untuk mengatasi masalah yang dialami selama ini.
Anda sudah delete Calendar Notification? Jika belum, cepat lakukannya sekarang.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda selamatkan duit anda dan lebih berhati-hati.
Sumber : Facebook Din Shardi
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.