Masing-masing bertengkar pasal Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan! Maklumlah, ada yang kata sama dan ada yang kata memang tak sama pun!
Kalau macam tu, sekejap lagi kita akan tengok adakah Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan ini satu perkara yang sama atau perkara yang berlainan.
Jika Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan adalah perkara yang berlainan, anda boleh dapatkan faktanya disini mengapa ia adalah perkara yang berlainan dan tidak mempunyai persamaan.
3 PERBEZAAN ANTARA PENCEN TERBITAN & PENCEN TANGGUNGAN
Isi Kandungan
Terdapat 3 perbezaan antara Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan mengikut kategori seperti berikut:
1.’Beza’ Tentang Punca Kematian
Pencen Tanggungan, ialah faedah TAMBAHAN bulanan dibayar kepada waris yang layak atas kematian penjawat awam yang kematiannya berpunca dari:
- Kemalangan dalam perjalanan (yang bukan disebabkan kecuaian gemulah)
- Ditimpa bencana semasa menjalankan tugas rasminya;
- Penyakit yang berpunca dari tugas rasminya; dan
- Mati dalam tempoh tujuh (7) tahun, dari tarikh gemulah menanggung bencana disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari tugas rasminya.
Manakala ‘Pencen Terbitan’, ialah faedah bulanan yang dibayar kepada waris yang layak, atas kematian penjawat awam atau pesara, ‘atas apa jua sebab kematian’.
2. ‘Beza’ Tentang Kelayakan Sekiranya Berkahwin Semula
- Balu sudah tidak boleh terima ‘Pencen Tanggungan’, apabila balu tersebut ‘Berkahwin Semula.’
- Kelayakan terhenti kerana anda kini ditanggung oleh suami baharu.
Manakala bagi ‘Pencen Terbitan’, Balu/Duda masih layak dan boleh terima - Pencen Terbitan, walaupun Balu/Duda itu berkahwin semula dengan pasangan yang baharu (mulai 1.1.2002 hingga kini)
3. ‘Beza’ Tentang Kelayakan Duda Ke Atas Pencen Tanggungan dan Pencen Terbitan
- Semua Balu Layak Pencen Tanggungan, Tapi Tak Semua Duda Layak ‘Pencen Tanggungan’
- Semua Balu/Duda Layak ‘Pencen Terbitan’
- Duda yang sihat dan boleh tanggung diri, tidak layak ‘Pencen Tanggungan’
- Tetapi Duda yang sakit, yang ‘tidak berupaya tanggung diri’, yang ‘tidak berupaya sara diri’ dan yang selama ini ‘ditanggung oleh isterinya’, atas keadaannya yang sakit itu, Duda kategori ini, boleh layak dipertimbangkan.
- Manakala bagi ‘Pencen Terbitan’, Duda yang sihat juga layak untuk terima ‘Pencen Terbitan’.
Peringatan: Ibu/bapa tidak layak pencen terbitan, tapi kalau pencen tanggungan, atas punca kematian seperti yang disebutkan di atas, ibu x bapa layak dipertimbangkan Pencen Tanggungan.
Bagi ibu/bapa tanggungan pula bakal menerima Faedah Terbitan daripada penjawat awam yang berstatus bujang dengan syarat seperti yang dinyatakan melalui pautan berikut:
PEMBAHAGIAN SYER & PENGIRAAN PENCEN TERBITAN UNTUK RUJUKAN
Semak pembahagian syer dan pengiraan pencen terbitan untuk rujukan anda:
Kalau nak lebih faham, anda boleh ajukan persoalan anda di Facebook rasmi JPA dipautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.