Pelajar Diploma Sarawak, Sila Mohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sebelum Terlambat

Pelajar peringkat Diploma Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Politeknik dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022.

Permohonan dibuka mulai 2 Ogos 2021 sehingga 15 Ogos 2021 dan boleh dibuat secara online sahaja.

Sebelum membuat permohonan, anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu dan jika layak terus buat permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga: Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK) Sabah Pelajar Tingkatan 5 & 6 Bermula Julai Hingga Oktober Ini

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

  • 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2021

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2021/2022

Syarat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022 yang ditetapkan ialah:

  • Anak jati Sarawak/Peribumi Sarawak
  • Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT DIPLOMA daripada IPTA atau Politeknik (Bagi kemasukan baru sesi 2021/2022 atau yang sedang dalam pengajian)
  • Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN atau PERUBATAN
  • Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon

KOS PENDIDIKAN PELAJAR YANG DITAMPUNG

Antara kos pendidikan yang ditampung oleh Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ialah:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

INFO TAMBAHAN

Anda juga perlu alert dengan info tambahan seperti berikut:

  • Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
  • Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  • Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40

CARA PERMOHONAN

Cara permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

Pelajar Diploma Sarawak, Sila Mohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sebelum Terlambat

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon
  • Salinan sijil lahir pemohon
  • Salinan surat tawaran IPTA
  • Salinan sijil akademik terkini (SPM/Keputusan semester terkini)
  • Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (Sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/Kaum masing-masing)
Nota: Semua dokumen WAJIB disahkan oleh Ketua Ketua Masyarakat/Kaum atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan adalah seperti berikut:

Baca juga: Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

Pelajar Diploma Sarawak, Sila Mohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sebelum Terlambat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022, sila hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di talian berikut:

  • 082-236 325/544
  • Catherina: 014-686 6089
  • Jesfer: 017-843 6031
  • Ali: 013-571 2425
  • Corina: 014-590 1677
  • Maltina: 014-588 0600
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.