Asnaf negeri Kelantan terutamanya pelajar lepasan SPM dipelawa untuk memohon biasiwa untuk mengikuti Program CAT-ACCA Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan permohonan boleh dibuat secara online.
Penajaan Biasiswa bagi Program CAT-ACCA Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) adalah bertujuan untuk membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan untuk asnaf gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.
Manakala bagi mereka yang ingin dapatkan biasiswa untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), boleh memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK yang dibuka permohonan sehingga 28 April 2021.
OBJEKTIF PENAJAAN BIASISWA PROGRAM CAT-CCA MAIK
Isi Kandungan
Objektif utama penajaan Biasiswa Program CAT-ACCA MAIK ialah:
- Membantu meningkatkan bilangan profesional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan.
TARIKH MOHON & TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan dibuka sekarang dan permohonan akan ditutup pada:
- 28 April 2021
SYARAT-SYARAT UMUM PENAJAAN BIASISWA PROGRAM CAT-ACCA MAIK
Antara syarat-syarat umum untuk memohoan penajaan Biasiswa Program CAT-ACCA MAIK adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua lepasan SPM.
- Warganegara Malaysia yang lahir dan bermaustatin tetap di Kelantan.
- Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
SYARAT KHUSUS CALON
Syarat khusus calon pula terbahagi kepada 2 iaitu:
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM 9A dan ke atas.
- Mendapat keputusan A bagi matapelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
SYARAT TAMBAHAN
- Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja.
- Hendaklah lulus bagi Program CAT dan menamatkan ACCA dalam tempoh tersebut.
- Disyaratkan MESTI lulus CAT atau penajaan tidak akan disambung ke peringkat seterusnya.
- Denda akan dikenakan ke atas pelajar, sekiranya pelajar didapati GAGAL menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK.
BIDANG PENGAJIAN & TEMPAT PENGAJIAN
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah:
- Certified Accounting Technician (CAT): 1 Tahun
- The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA): 3 Tahun
Tempat pengajian pula adalah di:
- INTEC Education College, Shah Alam, Selangor
CARA MOHON PENAJAAN BIASISWA PROGRAM CAT-ACCA MAIK
Untuk memohon penajaan Biasiswa Program CAT-CCA MAIK, anda hanya perlu:
- Memuat turun borang penajaan Biasiswa Program CAT-CCA MAIK berikut:
- Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan di alamat berikut:Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,
Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim.
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:
- Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
- Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
- Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
- Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
- Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
- Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah (A-Level sahaja).
- Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
- Sijil-sijil yang berkaitan.
- Penyata akaun bank.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai penajaan Biasiswa Program CAT-ACCA MAIK di:
- Unit Pendidikan: 09-742 1519
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.