Biasiswa Tanpa Had Buat Pelajar Malaysia Yang Mengikuti Pengajian Di Universiti Islam Madinah
Pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian dalam beberapa bidang di Universiti Islam Madinah pastinya gembira dengan perkongsian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri baru-baru ini.
Perkongsian tersebut adalah mengenai persetujuan Universiti Islam Madinah, Madinah yang bersetuju menawarkan biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam beberapa bidang di universiti berkenaan.
Baca juga: Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Untuk Pelajar IPTA
ISI KANDUNGAN KUNJUNGAN HORMAT
Isi Kandungan
Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Universiti Islam Madinah, Madinah dan disambut oleh Presiden Universiti Islam Madinah, Yang Mulia Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan pihak pentadbiran universiti.
Antara isi kandungan kunjungan hormat tersebut adalah:
- Program Pertukaran Pelajar Malaysia dalam bidang bersesuaian
- Biasiswa Tanpa Had
- Biasiswa Pelajar Malaysia
BIASISWA TANPA HAD UNIVERSITI ISLAM MADINAH
Untuk pengetahuan anda, Biasiswa Tanpa Had kepada pelajar Malaysia ini adalah untuk pelajar yang yang mengikuti pengajian dalam bidang:
- Syariah
- Dakwah dan Usuluddin
- Al-Quran dan Pengajian Islam
- Bahasa Arab
Kelebihan Biasiswa Tanpa Had yang ditawarkan pula adalah setiap pelajar akan diberikan kemudahan seperti:
- Elaun bulanan
- Perumahan
- Insurans perubatan
- Tiket penerbangan
Selain dari Biasiswa Tanpa Had kepada pelajar Malaysia, terdapat satu lagi biasiswa yang ditawarkan iaitu:
- Biasiswa kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains Komputer, Sains, termasuk Perubatan.
Menurut Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, beliau melihat tawaran ini mencerminkan hubungan erat di antara Khadimul Haramain al-Syarifain Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.
PERBINCANGAN PENDIDIKAN
Berikutan hal ini, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri akan mengambil tindakan segera untuk berbincang dengan pihak berkepentingan dalam urusan itu untuk menghantar pelajar terbaik Malaysia bagi mendalami pelbagai bidang ilmu di Kota Suci Madinah al-Munawwarah melalui:
- Program pertukaran pelajar Malaysia – Universiti Islam Madinah dalam bidang yang bersesuaian.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.