Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bonus Minimum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak

1,549

Tahniah buat penjawat awam di negeri Sarawak kerana bakal menerima ‘durian runtuh’ apabila diberi insentif khas sebanyak:

  • Sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2,000 yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Malah, penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak juga bakal menikmati insentif khas tersebut di mana  akan menerima bayaran sebanyak:

  • RM500 secara ‘one-off’ pada suku pertama tahun depan.

KERAJAAN SARAWAK HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM

Khabar gembira itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, hari ini.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai:

  • Sumbangan, pengorbanan dan komitmen penjawat awam negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional ketika berdepan situasi yang mencabar sekarang.

“Pentadbiran saya menyedari sokongan dan sumbangan Perkhidmatan Awam Sarawak di bawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar kami, menyampaikan program dan projek pembangunan serta perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Banyak proses dan prosedur urusan dipermudahkan untuk kepentingan rakyat.”

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg

HARAPAN RAKYAT DIPENUHI

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg gembira dengan pencapaian Perkhidmatan Awam Sarawak yang memainkan peranan dalam memastikan kebanyakan projek dilaksanakan dengan baik dan dilaksanakan tepat pada waktunya seperti Projek Rakyat dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Perkhidmatan Awam Sarawak dapat memenuhi peluang untuk memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat, walaupun pada masa yang mencabar seperti tahun ini.

TERIMA KASIH FRONTLINER

Ketika wabak Covid-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang lain juga bekerja tanpa penat untuk melindungi rakyat.

Abang Johari berkata, beliau bersyukur kerana komitmen tinggi semua penjawat awam itu, wabak Covid-19 dapat dikawal dengan baik ke tahap yang terkawal

Mereka mempertaruhkan keselamatan mereka sendiri dan mengorbankan keselesaan mereka. Terdapat juga banyak anggota perkhidmatan awam yang bekerja di belakang tabir, jauh dari pandangan publisiti, tetapi bekerja dengan tekun di tempat kerja masing-masing. Kepada mereka semua, saya ucapkan terima kasih.

Bonus Minimum RM2,000 Untuk Penjawat Awam Sarawak

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...