Ini Borang Rasmi i-Lestari Untuk Pengeluaran RM500 KWSP. Sila Download, Isi dan Hantar

Pengenalan

Seperti yang kita ketahui, ke semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP dan telah pun dibuka untuk permohonan pengeluaran pada 1 April 2020.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli KWSP yang mengalami masalah kewangan ketika ini.

Tempoh Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari

  • Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021.

i-lestari-kwsp

Jumlah Pengeluaran

Jumlah Pengeluaran i-Lestari yang dibenarkan adalah sebanyak:

  • Minimum RM50
  • Maksimum RM500 sebulan
  • Tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
  • Jika jumlah simpanan Akaun 2  kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

pengeluaran-i-lestari-kwsp

Muat Turun Borang i-Lestari

Anda boleh muat turun borang i-Lestari di link berikut : https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf

Anda hanya perlu memuat turun borang tersebut dan mengisi borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Sila rujuk panduan di bawah.

contoh

3 Kaedah Menghantar Permohonan i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah berikut:

  1. Secara  talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara pos ke alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Anda boleh membuat sebarang pertanyaan dan mengetahui update terkini di:

i-lestari-kwsp

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.