Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[DOWNLOAD] Borang Permohonan BR1M 2018 & Dokumen Diperlukan

0 2,573

Permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dibuat online atau dengan mengisi borang permohonan BR1M 2018 secara manual.

Borang yang lengkap diisi perlu dihantar di kaunter cawangan LHDNM, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Borang Permohonan BR1M 2018

Untuk makluman, borang permohonan BR1M boleh dimuat turun di portal rasmi eBR1M.

Di bawah adalah contoh borang yang anda perlu isi untuk membuat permohonan baru.

borang permohonan br1m 2018

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen.

Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (termasuk Polis DiRaja Malaysia)
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Luar Negeri

Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah sahih. Jika tidak permohonan anda mungkin GAGAL.

Seseorang yang memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.

Jika anda sudah pun disenarai hitam oleh MoF, apa anda perlu buat adalah merujuk semula Sekretariat BR1M seperti berikut:

Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: [email protected]

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Selain borang permohonan BR1M 2018, pemohon juga diminta menghantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan dokumen pengenalan pasangan / tanggungan (jika berkaitan)
  • Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (jika berkaitan)
  • Pengemukaan pengesahan penamatan perniagaan

Anda perlu mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM jika permohonan BR1M 2018 dibuat secara online.

Semakan BRIM 2018

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana membuat semakan status permohonan BR1M, anda boleh rujuk semula artikel Semakan Status & Tarikh Pembayaran BR1M 2018.

Download borang permohonan BRIM 2018 di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...