Maklumat Bank Sudah Tidak Aktif
Isi Kandungan
Anda pasti teruja apabila mengetahui pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu lagi memohon baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Tetapi tiba-tiba anda teringat bahawa maklumat bank yang anda pernah isi semasa BSH dahulu tidak aktif lagi buat masa sekarang.
Jadi mari kita lihat bagaimana untuk selesaikan masalah ini.
Boleh Ke Mengemaskini Data Maklumat Bank?
Untuk makluman anda, buat masa kini anda tidak digalakkan untuk mengemaskini maklumat bank anda yang tidak aktif tersebut.
Bagaimana Untuk Dapatkan Bantuan Tanpa Akaun Bank?
Berkemungkinan besar kepada penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank akan diberikan baucer yang boleh ditunaikan selepas berakhirnya tempoh PKP.
Anda hanya perlu ke kaunter Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan bayaran tunai melalui baucer anda.
Buat masa ini pengumuman rasmi belum lagi dikeluarkan BSN.
Namun dalam tempoh PKP, kehadiran anda ke bank perlulah dalam kadar yang minima dan hadir sekiranya perlu sahaja.
Ini kerana anda di anggap tidak mempunyai akaun bank.
Rujuk Panduan Soalan Lazim Berikut Untuk Kepastian .
Sila rujuk para nombor lima (5).
Anda juga boleh rujuk jawapan Siti MYGCC agar lebih mudah di fahami.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi :
- Talian Bebas Tol LHDNM : 1-800 882 747
- Telefon LHDNM : 03-8911 1000
- Facebook LHDNM : https://www.facebook.com/LHDNM/
Sumber :
- LHDNM
- MYGCC
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.