Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Buat Duit Dengan Menjual Semula Minyak Masak Terpakai

0 1,987

Berita baik buat anda semua terutama sekali golongan suri rumah yang selalu memasak. Setiap hari, anda akan menggunakan minyak masak untuk tujuan memasak pelbagai jenis masakan seperti masakan bergoreng dan sebagainya.

Selepas anda memasak, pasti akan ada lebihan minyak di dalam kuali. Lebihan minyak ini pula akan anda tuang ke dalam plastik atau bekas sebelum anda membuangnya di luar rumah.

minyak masak terpakai 2

Tahukah anda bahawa anda telah melakukan satu kerugian yang amat besar? Untuk pengetahuan anda, lebihan minyak terpakai itu sebenarnya boleh anda jual dengan harga yang agak tinggi.

Daripada anda membazir dengan membuang minyak terpakai ini begitu sahaja, adalah lebih baik untuk anda kumpul minyak terpakai itu dan anda jualnya. Selain daripada anda mendapat wang daripada jualan itu, persekitaran rumah anda juga bersih kerana tidak dibuang dengan lebihan minyak masak terpakai.

HARGA JUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Minyak masak terpakai dibeli mengikut timbangan kilogram. Kadar harga yang diambil bagi setiap kilogram minyak masak terpakai adalah seperti berikut:

  • Harga 1 kilogram Minyak Masak Terpakai : RM 1.00 – RM 1.20

PIHAK YANG MEMBELI MINYAK MASAK TERPAKAI

Kini, anda sudah tahu bahawa minyak masak terpakai yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu mendatangkan keuntungan buat anda tetapi persoalannya kini adalah kepada siapa harus anda jual minyak masak terpakai tersebut?

Terdapat beberapa pihak yang ingin membeli minyak masak terpakai daripada anda. Anda bolehlah menghubungi pihak mereka untuk menjual minyak masak terpakai tersebut. Antara pihak yang ingin membeli minyak masak terpakai ini adalah seperti berikut:

  • Alamflora
  • E&A Smack Trading
  • Universiti Putra Malaysia

Alamflora

Alamflora merupakan sebuah syarikat swasta yang berusaha untuk menghijaukan alam sekitar. Menyedari akan bahayanya kesan daripada minyak masak terpakai yang mencemarkan bumi menyebabkan pihak Alamflora mengambil satu inisiatif membeli minyak masak terpakai ini daripada masyarakat untuk diproses menjadi biodiesel.

Harga yang ditawarkan oleh pihak Alamflora adalah RM 1.20 bagi setiap kilogram. Berikut merupakan maklumat tentang Alamflora yang boleh membantu anda dalam menjual minyak masak terpakai yang anda ada.

minyak masak 1

minyak masak 2

minyak masak 3

minyak masak 4

E&A Smack Trading

E&A Smack Trading juga merupakan sebuah syarikat yang turut mempunyai misi yang sama dalam menukarkan minyak masak terpakai kepada biodiesel. Usaha ini untuk menyelamatkan alam sekitar daripada terus dicemari oleh minyak masak terpakai yang dibuang ke dalam longkang atau sungai.

Anda bolehlah menyokong usaha murni E&A Smack Trading ini dengan menjual lebihan minyak masak terpakai anda kepada mereka. Secara tidak langsung, anda juga telah menyelamatkan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini, anda boleh melawat Page mereka di Facebook yang bernama Membeli Minyak Masak Terpakai – E&A

minyak masak 5

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pihak Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama CIMB Foundation turut menjalankan kempen pengumpulan minyak masak terpakai dengan misi yang sama iaitu untuk menyelamatkan bumi daripada pencemaran dengan cara menukarkan minyak masak terpakai kepada biodiesel untuk kegunaan kenderaan berat dan mesin. Harga yang diambil adalah RM 1 bagi setiap kilogram. Berikut disediakan maklumat berkaitan UPM untuk anda menghubungi pihak mereka bagi sebarang pertanyaan.

minyak masak 6

minyak masak 7

minyak masak 8

CARA PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Lakukan cara-cara pengumpulan minyak masak terpakai ini sebelum anda menjualnya

  1. Pastikan minyak masak tersebut tidak melebihi 3 kali penggunaan.
  2. Sejukkan minyak masak terpakai terlebih dahulu
  3. Tapis minyak tersebut
  4. Masukkan ke dalam botol atau bekas yang sesuai
  5. Hantarkan kepada pihak yang ingin membeli minyak masak terpakai tersebut.

Anda sudah mengetahui bagaimana cara untuk menjual minyak masak terpakai yang ada di rumah anda. Jadi, anda dinasihatkan supaya menjual minyak masak terpakai tersebut kerana anda bukan sahaja dapat duit malah anda juga mampu menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...