RapidKL telah melancaran pakej istimewa buat penggunanya dengan menyediakan pakej Buy 1 Free 1 iaitu pas tanpa had untuk menaiki tren dan bas bermula hari ini iaitu 21 Disember 2021.
Pastinya pengguna RapidKL tersenyum dengan pengumuman ini kerana ianya boleh dimanfaatkan oleh mereka seterusnya menjimatkan perbelanjaan mereka ketika menggunakan pengangkutan awam ini setiap hari.
Ini adalah kerana mereka hanya perlu membelanjakan wang untuk pas ini dengan bayaran sebanyak RM30 sahaja.
CIRI-CIRI PAKEJ BUY 1 FREE 1 MY30 RAPIDKL
Isi Kandungan
Ciri-ciri pakej Buy 1 Free 1 My30 RapidKL ialah:
- Pembeli pas My30 boleh menebus 30 hari lagi pas My30 iaitu pemilik pas boleh menggunakannya selama 60 hari.
- Pakej ini perlu ditebus dan jumlah tebusan sangat terhad iaitu sebanyak 8,333 sahaja. Jadi, siapa yang cepat, dia akan dapat pakej ini.
SYARAT-SYARAT TEBUS PAKEJ BUY 1 FREE 1 MY30 RAPID KL
Syarat-syarat untuk penebusan pakej Buy 1 Free 1 My30 Rapid KL ialah:
- Anda perlu membeli Pas My30 bermula 20 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021, di mana-mana stesen LRT / MRT / Monorel / BRT atau hab bus RapidKL yang terpilih.
- Imbas kod QR pakej My30 Plus 30 dan isi maklumat yang diperlukan. Kod unik akan dihantar melalui emel anda.
- Bawa resit, kad pengenalan MyKad dan kod unik bercetak ke salah satu dari pusat penebusan iaitu Pusat Khidmat Pelanggan, LRT KL Sentral (East Wing) dan Hab bas RapidKL Pasar Seni.
- Tempoh penebusan dari 15 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.
Untuk pengetahuan anda, pas perjalanan tanpa had My30 telah diperkenalkan sejak 1 Jun 2020, sebagai salah satu inisiatif Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, (PENJANA) bagi menggantikan pas My100 buat sementara waktu.
Selepas ini, orang Penang dan Kuantan pula akan menikmati pas pejalanan Prasana RM30 mulai tahun 2021 seperti yang dinyatakan disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.