Pelan Tindakan Khas Dicadangkan : 2.4 Juta Bakal Hilang Kerja, Bantuan Tambahan RM1000 BPN Dicadangkan
PELAN TINDAKAN KHAS DICADANGKAN : 2.4 JUTA BAKAL HILANG KERJA, BANTUAN TAMBAHAN RM1000 BPN DICADANGKAN
Isi Kandungan
Kemungkinan 2.4 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan dan sebanyak 1.26 juta rakyat dijangka mengalami kemiskinan bagi tempoh beberapa bulan akan datang. Berikutan perkara ini, pihak kerajaan Malaysia digesa untuk menyediakan Pelan Tindakan Khas untuk menangani masalah yang bakal dihadapi ini.
Menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selaku Ketua Pemuda UMNO, angka tersebut diperolehi berdasarkan unjuran yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hal ini berlaku akibat daripada pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia kini.
MOHON LANJUT MORATORIUM
Bimbangkan keadaan ini menjadi semakin teruk, pihak mereka juga memohon agar pihak kerajaan melanjutkan tempoh moratorium secara pukal dengan tambahan selama 3 bulan lagi.
TAMBAHAN RM1,000 PENERIMA BPN
Pihak Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga memohon agar kerajaan mempertimbangkan bantuan tambahan sebanyak RM1,000 setiap penerima BPN Sabah yang menelan kos sebanyak RM737 juta.
Ini adalah kerana bantuan ini lebih pantas dan berkesan berbanding hantaran bantuan bakul makanan yang dirumitkan oleh masalah logistik dan rekod penerima yang tidak lengkap.
GERAKAN JENTERA PEMUDAH CARA
Pemuda juga akan menggerakkan jenteranya di seluruh 191 bahagian bagi menjadi pemudah cara antara rakyat dengan agensi kerajaan bagi membantu mereka khususnya anak-anak muda yang sedang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dan sosial.
Adakah anda penerima BPN 2.0? Jika ya, sila semak tarikh dan status bayaran mengikut jenis bank disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.