Tak Nak Sesak? Ini Cadangan Waktu Perjalanan Dari PLUS Sempena Cuti Tahun Baru Cina

Bestnya dapat bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina kerana boleh bercuti dalam tempoh masa yang agak panjang.

Malah, masing-masing boleh je ambil cuti tahunan pada hari Isnin untuk jadikan cuti Perayaan Tahun Baru Cina lebih panjang.

Rujuk: Rancang Cuti Lebih Awal. Ini Jadual Hari Kelepasan Am Tahun 2022 Bagi Persekutuan & Negeri

Kalau tak nak bersesak sepanjang jalan, boleh je ikuti cadangan masa yang dicadangkan oleh PLUS disini.

PERTINDIHAN HARI KELEPASAN AM & NEGERI

Untuk pengetahuan anda, hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari bekerja iaitu:

  • Selasa, 1 Februari 2022

Maka, TIADA cuti gantian secara automatik diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Pertindihan Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Bagi Tahun 2022, Ada Cuti Ganti Tak?

CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS

Menurut PLUS, orang ramai yang menggunakan lebuhraya PLUS di antara:

  • 28 Januari 2022 hingga 6 Februari 2022

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak PLUS bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

Rujuk cadangan waktu perjalanan PLUS berikut:

Tak Nak Sesak? Ini Cadangan Waktu Perjalanan Dari PLUS Sempena Cuti Tahun Baru Cina

Selain dari itu, pengguna lebuh raya perlu:

  • Sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di R&R dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.
  • Pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.
  • Servis kenderaan dengan lebih awal agar perjalanan lebh lancar.

Visual serta maklumat trafik terkini boleh diperolehi menerusi paparan CCTV di dalam aplikasi PLUS, anda boleh muat turun aplikasi ini di:

Dapatkan juga maklumat trafik dengan mengikuti:

Nak pasang RFID agar perjalanan anda lebih lancar tanpa sebarang kesesakan semasa membayar tol? Klik sini untuk buat pembelian ya!

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.