Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Guru DG41 One-Off Tetapi Tak Ada Sijil Atau Transkrip Kerana Calon Semester Akhir, Catat Ini Dalam Ruangan Catatan

7,151

Terdapat pelbagai kekeliruan dan pertanyaan mengenai permohonan DG41 One-Off MySPP dan setiap persoalan pastinya ada jawapan dan penyelesaiannya.

Antara persoalan yang menjadi kekeliruan adalah: Perlu Ke Sertakan Bersama Sijil STPM/STAM & Diploma Bagi Permohonan Guru One-Off?

Semak jawapan yang disertakan dan buat permohonan anda dengan segera kerana tarikh tutup permohonan semakin dekat iaitu pada 21 Julai 2021 ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF

Anda dinasihatkan untuk membuat persiapan emel dokumen dan buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 21 Julai 2021

PERLUASAN PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selaku Pihak Berkuasa Melantik, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.

Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung graduan pendidikan.

PELAJAR SEMESTER AKHIR JUGA LAYAK MEMOHON GURU DG41 ONE-OFF

Selain daripada graduan lepasan pendidikan dan graduan bukan lepasan ijazah boleh memohon Guru DG41 One-Off ini, pelajar semester akhir juga boleh membuat permohonan seperti yang telah ditetapkan.

ALASAN RUANGAN CATATAN BAGI CALON SEMESTER AKHIR

Menurut emel daripada SISPAA, setiap calon semester akhir mestilah memberikan alasan diruangan CATATAN yang telah tersedia.

Apakah alasan kenapa tidak sertakan skrol dan transkrip bagi calon semester akhir yang ingin menghantar permohonan?

Pada bahagian, sila catatkan catatan berikut:

  • CALON SEMESTER AKHIR

Sekiranya anda mempunyai alasan lain, sila nyatakan sahaja pada ruangan catatan.

EMEL MAKLUMAN DARI SISPAA

Anda juga boleh rujuk makluman dari SISPAA yang telah dikongsikan oleh IFA SAFIRAH ABD RAHIM:

Mohon Guru DG41 One-Off Tetapi Tak Ada Sijil Atau Transkrip Kerana Calon Semester Akhir, Catat Ini Dalam Ruangan Catatan

Semoga info ini memberi manfaat buat semua pemohon calon semester akhir ya! Jangan lupa nyatakan alasan pada catatan sebelum sent permohonan anda nanti.

Baca juga: Guru DG41 One-Off: Perlu Ke Emel Semula Kalau Tak Ada Reply Dari MySPP? Semak Status Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 One-Off, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...