Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Itu Calon Simpanan/Simpanan Lantikan SPA? Ramai Lagi Belum Tahu & Ini Penjelasannya

29,522

Masih lagi ada yang tidak tahu apakah itu calon simpanan/simpanan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tertanya-tanya apakah maksudnya.

Ini adalah kerana setiap kali keputusan keluar pastinya terdapat 3 jawapan yang dipaparkan iaitu sama ada anda berjaya, gagal atau menjadi calon simpanan.

Ingin tahu maksud calon simpanan/simpanan lantikan dari SPA? Ini penjelasannya yang anda semua perlu tahu.

APA ITU CALON SIMPANAN/SIMPANAN LANTIKAN SPA?

Seperti yang telah dijelaskan oleh SPA sebelum ini, calon simpanan/simpanan lantikan SPA adalah:

  • Calon ini telah hadir temuduga dari SPA dan mendapat keputusan sebagai calon simpanan/simpanan lantikan.
  • Calon yang tidak gagal dalam temuduga tetapi masih juga belum berjaya dilantik ke jawatan tetap.
  • Ibarat sebelah kaki telah melangkah untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
  • Calon juga akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan.
  • Jawatankuasa pemilih akan memiih calon-calon simpanan yang ada untuk menggantikan mereka yan telah menolak jawatan tersebut.

TEMPOH MASA MENUNGGU TAWARAN

Jika mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh SPA, calon simpanan/simpanan kekal perlu menunggu dalam tempoh seperti berikut:

  • 1 bulan hingga 2 tahun

Calon perlu menunggu dalam tempoh tersebut sama ada dipanggil untuk melapor diri atau tidak.

Kemaskini borang permohonan SPA9 semula jika perlu. Calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan iaitu selama 2 tahun.

BOLEH KE CALON SIMPANAN/SIMPANAN LANTIKAN MOHON JAWATAN LAIN DI SPA?

Calon simpanan/simpanan lantikan boleh atau tidak mohon jawatan lain?

Ini jawapan untuk anda.

Calon simpanan/simpanan lantikan sebenarnya boleh sahaja memohon jawatan lain yang ditawarkan di SPA9 selagi belum dipanggil untuk menjawat jawatan yang ditawarkan oleh SPA.

TIPS TEMUDUGA

Apa yang penting disini, anda perlu lakukan yang terbaik dalam sesi temuduga anda dan ingat, jangan sesekali sebut TAK TAHU dalam temuduga anda nanti ya!

Untuk menjawab soalan yang sukar dan tiba-tiba ditanya oleh penemuduga, anda boleh amalkan tips berikut dan jawab soalan dengan penuh yakin dihadapan penemuduga:

1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB

Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:

  • “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”

Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.

2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN

Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.

3. SENTIASA TENANG

Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.

4. TIDAK MENIPU

Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.

5. BETUL ATAU SALAH

Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.

Untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut serta tips yang seterusnya, sila dapatkan dipautan ini:

Jangan Sebut "Tak Tahu" Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...