Cermin Kereta Retak
Isi Kandungan
Ketika leka memandu sepanjang lebuhraya tiba-tiba cermin hadapan kereta anda terkena batu daripada lori dihadapan. Nasib baik tidak teruk retaknya.
Kalau begitu, anda boleh tarik nafas lega kerana anda tidak perlu membazirkan wang untuk menukar cermin hadapan kereta anda. Masih lagi boleh dibaiki.
Nak tahu tak, anda boleh baiki sendiri cermin kereta yang retak tanpa perlu ke kedai.
RM10 Dah Boleh Baiki
Anda hanya perlu ke kedai Mr DIY atau order melalui Shopee produk Windshield Repair Kit ini dengan harga RM10 sahaja.
Cara Membaiki
Berikut cara-cara untuk membaiki cermin kereta anda yang retak.
- Lap cermin kereta
- Letakkan alat tersebut di atas cermin yang retak, ambil mini pam, pusing untuk pastikan ia lekap kuat.
- Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi.
- Anda akan dapati kesan retak pada cermin akan berkurang.
- Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan di dalam kit. Gosok plastik ketika memasang untuk membuang gelembung udara.
- Jemur di tempat panas sehingga kering.
- Cabut plastik dan kikis gam menggunakan pisau yang diberi.
- Siap.
Wow! Retak pun hilang, duit pun jimat.
Selamat mencuba.
Sumber :
- Berani Buat
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.