Cara Baiki Sinki Tersumbat, Si Suami Patut Kena Tahu Tips Ini

Paip Sinki Dapur Tersumbat Yang Meresahkan.

Sudah beberapa kali situasi paip singki dapur tersumbat. Ada yang mudah diselesaikan dan ada yang ambil masa berjam-jam nak selesaikan.

Ia meresahkan si suami kerana pastinya si isteri akan meminta pertolongan anda. Maklumlah kerja dapurnya telah tergendala.

Mudah saja, ini tips untuk anda selesaikan masalah besar isteri anda.

Tips Baiki Sinki Tersumbat

1. Dapatkan Clog Remover Dari Kedai Hardware.

Pergi ke  kedai hardware dan beli Clog Remover. Clog Remover merupakan asid pencair benda asing punca tersumbat. Clog Remover ini mampu mencairkan dan menguraikan benda-benda yang tersumbat.

clog remover

2. Guna Pelocok, Dawai Atau Drain Snake

Tekan pelocok pada saluran yang tersumbat. Pastikan sinki berisi air yer sebab tekanan dari air tu yang akan membantu menarik kotoran kat dalam saluran. Ulang proses beberapa kali sehingga air keluar dengan lancar.

Jika gunakan guna dawai / drain snake pula, anda masukkan alat ke dalam saluran sinki dan pusing-pusingkan supaya kotoran yang tersumbat melekat dan berkumpul pada alat. Tarik keluar alat + kotoran dan curahkan air panas ke dalam saluran sinki. Ulang proses beberapa kali sehingga air keluar dengan lancar.

drain snake

3. Baking Powder, Cuka Makanan, Dan Air Panas Mendidih

Letak baking powder, dalam salur air yang tersumbat, dan cuka sebotol. Biarkan ia berbuih jika semalaman lagi bagus. Atau tunggu selama 30 minit.

Selepas 30 minit, letakkan air panas yang mendidih. sehingga penuh pemukaan. Biarkan seketika (kadang 1 jam boleh dengar air tu berdesup mengalir laluan salur).

baking

4. Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk

Cara seterusnya adalah menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk. Guna apa-apa jenama seperti Sunlight, Joy, Good Maid, atau 1Malaysia. Anda perlukan beberapa sudu sabun pencuci pinggan mangkuk ini bersama air panas yang agak banyak, iaitu sekitar 2 liter.

Sinki dapur selalunya mudah terlekat dengan minyak dan gris akibat sisa makanan. Sabun pencuci ini boleh membantu melarutkan sisa-sisa minyak dan makanan ini.

sabun pencuci

5. Buka Perangkap

Salah satu tempat yang perlu diperiksa apabila sinki tersumbat adalah perangkap. Boleh tengok di bawah sinki, ada perangkap berbentuk S, P atau perangkap botol yang lebih mudah ditanggalkan. Sediakan sebuah baldi di bawah sinki terlebih dahulu sebelum anda membukanya.

Buka perangkap ini dan gunakan dawai besi untuk menolak keluar sebarang sisa yang tersangkut. Cuci perangkap ini menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian, bilas dengan air seperti biasa.

perangkap sinki

Untuk elakkan masalah ini berulang, anda disarankan untuk mencuci sinki atau paipnya selang sebulan atau dua bulan sekali.

Sekurangnya ia mengurangkan risiko masalah tersumbat berulang kembali.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • keluarga.com
  • vanillakismis
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.