Tak Perlu Sampai Basuh, Rendam Sabun Barang Dapur Baru Beli. Ini Cara Betul Urus Barang Baru Beli
Pengenalan
Isi Kandungan
Virus Covid-19 merupakan virus yang paling ditakuti oleh manusia seluruh dunia kini kerana ianya adalah pembunuh senyap. Ia ibarat musuh yang perlu diperangi tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
Oleh hal demikian,ia menjadikan sesetengah manusia paranoid dengan penjagaan sanitasi atau kebersihan terutamanya selepas membeli barang daripada luar semenjak virus ini menular dengan begitu cepat.
Berapa lama Covid-19 bertahan
Virus ini dapat bertahan di beberapa permukaan seperti udara sehingga 3 jam dan di permukaan lain sehingga 2 hingga hari.
Ianya menimbulkan keresahan terutamanya selepas pergi membeli barangan keperluan harian terutamanya yang melibatkan penggunaan plastik.
Anda lihat gambar di bawah bahwa virus ini boleh bertahan pada permukaan plastik selama 2-3 hari. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan virus ini tidak melekat pada anda?
Sumber : Buletin TV3
Cara urus barang yang baru dibeli
Cara untuk urusnya adalah mudah. Tapi sebelum itu anda perlu memahami bagaimana virus ini boleh berjangkit.
Ianya mudah berjangkit melalui sentuhan,air liur dan tangan yang mempunyai virus yang kemudiannya menyentuh mata,mulut dan hidung.
Ketika anda membuat pembelian di kedai atau pasaraya dan ketika pulang,anda boleh mengikut langkah ini untuk mengelakkan jangkitan virus:
- Memakai hand sanitizer sebelum memegang troli atau bakul
- Jarak 1 meter dengan orang lain
- Memakai topeng hidung ketika keluar
- Selepas selesai membeli dan sampai di rumah,letakkan dahulu barang di luar rumah
- Cuci tangan dan bersihkan diri serta pakaian anda
Berikut adalah cara untuk uruskan barang yang baru dibeli:
- Terus mencuci tangan dan pakaian selepas balik dari membeli barang.
- Tidak perlu mencuci barang makanan dengan sabun seperti sayur,ikan,ayam mentah atau daging selepas membeli. (dikhuatiri bertukar menjadi bahan yang tercemar).
Ini adalah kerana risiko jangkitan virus melalui barang adalah lebih rendah berbanding melalui manusia.
Anda boleh rujuk gambar di bawah 6 langkah mencuci tangan dengan betul.
Perkara yang penting di sini anda hanya perlu menjaga kebersihan diri sebelum,semasa dan selepas pulang daripada membeli barang dapur anda serta kerap mencuci tangan dengan sabun serta terus ikut langkah-langkah menjaga kebersihan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.