Tular dimedia sosial yang menunjukkan barang yang dipos melalui syarikat penghantaran dikendalikan dengan tidak betul sehingga menimbulkan kemarahan oorang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk penghantaran barang kepada pelanggan masing-masing.
Sekiranya barang yang diterima dalam keadaan tidak baik, apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan? Adakah penjual perlu disalahkan sekiranya perkara ini berlaku?
Oleh itu, mari dapatkan sedikit ilmu mengenai cara untuk membuat aduan dan claim barang rosak yang diterima selepas penghantaran melalui perkongsian ini.
CARA MEMBUAT ADUAN & CLAIM BARANG ROSAK / PECAH
Isi Kandungan
Untuk membuat aduan dan claim barang pecah atau rosak, anda perlu mengikut terma da syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak J&T iaitu:
- Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Terlepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat)
- Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.
- Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis. Jadi kalau kalian adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.
- Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.
- Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Ambil gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.
- Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya. Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.
CONTOH CLAIM BARANG PECAH ATAU ROSAK
Anda boleh lihat contoh yang dikongsikan ini untuk lebih jelas:
CONTOH 1
“Harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.”
CONTOH 2
“Sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.”
PERBEZAAN HARGA TUNTUTAN CLAIM
Harga untuk tuntutan caim juga berbeza iaitu:
- Jika penghantaran adalah domestik lebih 2.01kg, maksimum boleh diclaim adalah RM300.
- Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.
Baca juga: Terkini: Tarikh Bayaran iSinar Kategori 2
PENGENDALIAN MENGIKUT SOP
Jika mengikut terma dan syarat oleh J&T pula, mereka perlu mengendalikan barang yang dihantar oleh pelanggan dengan baik serta mengikut SOP.
Tetapi jika pengendalian barang adalah mengikut terma dan SOP namun barang tetap rosak ia adalah tidak disengajakan.
Untuk lebih jelas, anda boleh layari: https://www.jtexpress.my/faqdetails.php?faq_id=40
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi J&T di saluran berikut:
- Hotline 24 Jam: 1300-80-9000
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.