Anda perlu memohon pinjaman daripada bank kerana sumber kewangan yang ada tidak mencukupi. Risau pula jika buat permohonan tetapi tidak diluluskan.
Adakah proses permohonan pinjaman sangat susah dan memeningkan kepala? Adakah sukar untuk lulus?
Tidak, jika anda ikut tips seperti dibawah.
5 Tips Buat Dan Lulus Loan
Isi Kandungan
- Periksa Rekod Kewangan Anda
- Berdisiplin
- Baca Semua Syarat
- Mula Rekod Kredit
- Letakkan Diri Di Pihak Bank
Periksa Rekod Kewangan Anda
- Semak rekod kewangan anda sebelum membuat sebarang permohonan pinjaman. Ini kerana pihak bank akan memeriksa rekod kewangan anda terlebih dahulu. Jika anda didapati mempunyai rekod bayaran balik yang tidak elok seperti melambatkan bayaran balik loan kereta, permohonan baru anda tidak akan diluluskan oleh pihak bank.
- Ambil masa dan perbaiki rekod anda jika rekod kewangan anda tidak elok. Jika rekod kewangan anda dalam keadaan baik, permohonan anda mempunyai peluang yang tinggi untuk diluluskan.
- Anda perlu membina kepercayaan kepada pihak bank sebelum membuat permohonan. Pihak bank percaya sekiranya sebelum ini rekod bayaran balik anda tidak baik, maka anda akan berbuat perkara yang sama bagi loan yang seterusnya. Ini kerana pihak bank adalah institusi kewangan yang terima deposit dari pelanggan dan deposit itu kemudiannya akan digunakan untuk menyediakan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk kereta. Bank kemudian akan mengenakan caj untuk pinjaman tersebut.
- Jadi, pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan yang baik.
Berdisiplin
- 6 bulan sebelum membuat permohonan pinjaman, pastikan anda berdisiplin membuat bayaran balik tepat pada masanya. Lebih awal, lebih baik. Ini kerana anda berpeluang tinggi untuk lulus dalam permohonan.
- Berdisiplin dalam melakukan bayaran balik loan terdahulu menentukan rekod kewangan anda. Jika bayar tepat pada waktunya, peluang lebih cerah. Jika sebaliknya, permohonan akan ditolak. Jadi ingat, anda perlu berdisiplin jika ingin permohonan diluluskan.
Baca Semua syarat
- Pastikan anda membaca terlebih dahulu terma dan syarat sebelum memohon pinjaman. Terdapat syarat permohonan seperti seperti had minima gaji, umur dan juga had pinjaman yang akan diberikan oleh bank sebelum memulakan permohonan anda. Periksa syarat yang diberikan dan jangan membuang masa sekiranya anda tidak layak.
- Kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika ia tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan yang anda sedia ada mengikut peraturan umum. Bagi pinjaman peribadi, bank akan berikan 2 atau 3 kali ganda gaji anda dan kira berapa komitmen kewangan anda setelah melihat terma dan syarat pinjaman bank tersebut.
Mula Rekod Kredit
- Terdapat pihak bank yang enggan meluluskan permohonan pinjaman bagi individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Ini bermaksud individu yang tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau kad kredit kerana pihak bank tidak boleh melihat atau menggagak corak pembayaran mereka. Maka, sebelum anda memohon pinjaman anda disyorkan untuk memulakan rekod kredit kerana ia akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.
- Mulakan rekod kredit dengan mendapatkan kad kredit asas dan gunakan untuk membayar pembelian harian anda. Manfaatkan kelebihan daripada kad kredit itu untuk dapatkan rebat, cashback dan diskaun. Pastikan anda membayar tepat pada waktunya dan gunakan kad kredit dengan berdisiplin. Ini adalah untuk memastikan rekod kewangan anda berada dalam keadaan yang baik sebelum membuat permohonan pinjaman.
Letakkan Diri Di Pihak Bank
- Anda boleh menilai diri anda melalui cara pihak bank akan menilai anda. Kemudian anda cuba fikir. Adakah anda akan luluskan permohonan jika rekod kewangan pemohon tidak baik? Melalui cara ini, anda boleh membuat pilihan yang bijak sebelum anda memohon pinjaman dari pihak bank.
- Bank mempunyai proses serta sistem berlainan sewaktu memproses permohonan yang mereka terima. Tetapi, jika anda mengikuti tip yang telah diberikan diatas, anda boleh meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.
Kaitan CCRIS Dan CTOS Dengan Loan
CCRIS
Central Credit Reference Information System (CCRIS) mengumpul semua maklumat kredit peminjaman dari pihak bank di Malaysia kemudian menyediakan laporan kredit yang diberikan kepada bank. Anda juga boleh dapatkan laporan ini untuk melihat kedudukan kredit anda. Anda perlu hadir ke Bank Negara untuk dapatkan laporan CCRIS anda.
CTOS
Terdapat lagi satu laporan kredit yang anda perlu lihat juga iaitu CTOS. Pihak bank juga akan periksa laporan kredit CTOS pemohon sebelum membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan. Anda boleh dapatkan laporan kredit CTOS dari MyCTOS.
Jadi, jika anda ingin permohonan pinjaman anda diluluskan dengan mudah, ikuti tips yang telah diberikan.
Semoga berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.