Telefon Sarang Kuman, Cuci Telefon Untuk Elak Covid-19. Ini Cara Cuci Telefon Paling Mudah

Cuci Telefon Bimbit Anda

Terdapat pelbagai cara untuk mengekang penularan wabak Covid-19 selain daripada mencuci tangan dengan bersih, memakai hand sanitizer, memakai topeng muka, jaga jarak sosial dan tinggal di rumah.

Malahan anda juga perlu mencuci telefon bimbit anda untuk mengelak daripada Covid-19 menjangkiti anda dan orang lain.

Seorang pegawai perubatan menerusi siaran Good Morning America menyarankan orang ramai supaya mencuci telefon bimbit masing-masing.

“Sekerap mana anda mencuci tangan, begitu juga yang perlu dilakukan kepada telefon pintar.

“Jadi, orang ramai dinasihatkan mengelap telefon pintar mereka dengan tisu beralkohol bagi membunuh sekurang-kurangnya 99 peratus bakteria yang ada,”

Menurutnya lagi, telefon pintar boleh membawa ribuan kuman pada satu-satu masa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jadi anda digalakkan untuk mencuci telefon bimbit anda demi keselamatan anda.

phne

Cara Untuk Mencuci Telefon Bimbit

Anda boleh ikuti langkah berikut untuk mencuci telefon bimbit anda:

  • Jangan sembur cecair pembersih secara langsung ke telefon atau mencelupnya dalam larutan pembersih. Perbuatan tersebut sudah pastinya mampu merosakkan telefon pintar anda.
  • Mematikan telefon terlebih dulu dan jangan sambungkan kepada alat pengecas.
  • Gunakan tisu basah dengan kandungan 70 peratus alkohol untuk membersihkan telefon atau gajet yang lain.
  • Perah tisu basah terlebih dahulu bagi membuang cecair lebihan sebelum digunakan pada telefon anda.
  • Bersihkan dengan lembut dan jangan tekan tisu basah pada telefon. Anda juga boleh menggunakan tuala kecil sebagai pengganti tisu.

swipe

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Langkah pencegahan itu diketengahkan susulan kebimbangan terhadap virus Covid-19 yang boleh hidup di permukaan selama dua minggu.

Walaupun ianya belum terbukti, Dr Ashton berkata, tindakan pembersihan berkenaan masih wajar untuk diambil pengguna sebagai langkah berhati-hati.

Jadi, berdasarkan maklumat yang diberikan, tidak salah kiranya kita berusaha mencegah lebih awal supaya penularan wabak ini dapat dibendung.

Sumber :

  • Harian Metro
  • SinarPlus
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.