ePrasekolah: Tutorial Cara Daftar Permohonan Online Prasekolah KPM 2019
Tahukah anda permohonan kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2018 ini? Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk mendaftarkan anak anda ke prasekolah, anda bolehlah membuat pendaftaran sama ada secara online ataupun secara manual.
Jika anda ingin memohon secara manual, anda boleh terus berhubung dengan sekolah yang ingin dipohon. Manakala jika anda ingin memohon secara online, panduan tentang cara-cara untuk mendaftar prasekolah boleh didapati di dalam artikel ini.
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM 2019
Isi Kandungan
Tempoh pendaftaran prasekolah secara manual dan online akan di buka bermula 1 Mac 2018. Tempoh permohonan ePrasekolah boleh dilakukan sepanjang bulan Mac nanti. Berikut merupakan tarikh permohonan lengkap ePrasekolah 2019:
- Online: 1 Mac – 30 April
- Manual: 1 Mac – 31 Mei
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM
Terdapat beberapa syarat yang perlu diberi perhatian sebelum anda mendaftarkan anak anda ke prasekolah KPM. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja.
CARA-CARA PERMOHONAN ONLINE EPRASEKOLAH
Untuk membuat permohonan secara online, anda harus melayari laman web rasmi ePrasekolah melalui pautan di bawah.
Berikut merupakan langkah-demi langkah dalam mengisi permohonan prasekolah secara online.
Cara-caranya ialah:
1. Anda perlu melayari laman web rasmi ePrasekolah di eprasekolah.moe.gov.my
2. Kemudian, anda perlu daftar sebagai pengguna. Beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dalam mendaftar sebagai pengguna.
* Sila pastikan nama yang anda daftarkan adalah nama penuh.
* Sila pastikan juga nombor kad pengenalan yang anda isi adalah betul.
* Anda dinasihati untuk menggunakan kata laluan yang mudah anda ingat dan
* Jangan sesekali dedahkan kata laluan itu kepada orang lain.
3. Anda perlu log masuk
4. Klik butang borang permohonan prasekolah di bahagian atas sebelah kiri (anda boleh rujuk gambar)
5. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. (Pastikan anda mengisi dengan betul dan tepat)
6. Cetak permohonan sebagai bukti.
Borang permohonan yang dicetak haruslah dihantar kepada pihak sekolah bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan sebelum tarikh tutupnya iaitu 30 April 2018.
7. Semak keputusan dan kemaskini.
Jika ada maklumat yang tertinggal atau tersalah dan memerlukan anda untuk mengemaskini maklumat, anda boleh berbuat demikian dengan cara menekan butang SEMAKAN DAN KEMASKINI PERMOHONAN. Untuk menyemak keputusan pula, anda boleh lihat pada STATUS PERMOHONAN. (rujuk gambar)
Terdapat empat status permohonan. Penerangan bagi setiap satunya adalah seperti berikut:
- Permohonan Berjaya: Permohonan anda telah berjaya dan ditawarkan untuk bersekolah di prasekolah yang anda mohon.
- Permohonan Tidak Berjaya: Permohonan anda tidak berjaya. Namun, anda masih boleh untuk membuat rayuan.
- Permohonan Disahkan: Pihak sekolah telah menerima borang permohonan dan dokumen berkaitan anda yang lain. Borang serta dokumen-dokumen tersebut juga telah disahkan.
- Permohonan Menunggu Pengesahan: Pihak sekolah masih belum menerima borang permohonan serta dokumen-dokumen berkaitan yang lain untuk disahkan.
CARA-CARA PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM SECARA MANUAL
Selain memohon secara online, anda juga boleh memohon secara manual. Berikut merupakan panduan untuk anda membuat permohonan secara manual.
- Anda boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah.
Borang permohonan tersebut haruslah anda lengkapkan dengan betul. - Anda juga perlu menyediakan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Borang permohonan yang sudah lengkap diisi bersama dengan dokumen-okumen berkaitan yang lain haruslah dihantar kepada pihak sekolah sebelum atau pada 31 Mei 2018.
- Semakan keputusan permohonan anda boleh dibuat melalui sekolah yang dipohon.
CARA-CARA MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN
Anda boleh menyemak status permohonan anda. Tarikh untuk semakan masih belum diputuskan secara rasmi namun jika dikaji pada tarikh semakan tahun lepas, keputusan selalunya akan diumumkan pada 5 Ogos. Semakan ini boleh dibuat sama ada secara online ataupun manual.
Jika permohonan anda tidak berjaya, anda masih boleh membuat rayuan permohonan semula dengan cara online ataupun manual.
Untuk membuat rayuan secara online, anda perlu membuat rayuan di laman web rasmi eprasekolah. Namun, rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan permohonan dibuat.
Jika anda ingin membuat rayuan secara online pula, anda boleh mengemukakan rayuan permohonan semula kepada sekolah yang dipohon, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).