Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Online Sahaja. Inilah Cara Daftar JobsMalaysia Yang Anda Perlu Tahu

3,323

ONLINE SAHAJA. INILAH CARA DAFTAR JOBSMALAYSIA YANG ANDA PERLU TAHU

Semuanya dihujung jari sahaja. Segala urusan kini semua menjadi mudah dan cepat dan anda tidak perlu lagi untuk keluar rumah dan pergi ke sana sini semata-mata untuk selesaikan urusan anda.

Bagi pencari kerja pula, terdapat pelbagai jenis laman web pekerjaan yang boleh anda lawati dan mohon pekerjaan tersebut secara online.

Antara laman web pekerjaan yang sering menjadi tumpuan utama pencari kerja ialah JobsMalaysia selain SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

INFO RINGKAS JOBSMALAYSIA

Laman web JobsMalaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan merupakan sistem padanan pekerjaan secara automatik secara online yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

CARA MENDAFTAR JOBSMALAYSIA SECARA ONLINE

“Saya merupakan seorang pencari kerja dan ingin mendaftar di JobsMalaysia. Apakah langkah-langkah yang betul untuk membuat pendaftaran?”

Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut :

Online Sahaja. Inilah Cara Daftar JobsMalaysia Yang Anda Perlu Tahu

  • Seterusnya klik DAFTAR dan PENCARI KERJA
  • Isikan maklumat yang diminta dengan betul dan tepat.
  • Pastikan nombor telefon dan emel yang dimasukkan masih aktif untuk dapatkan notifikasi makluman daripada JobsMalaysia.
  • Masukkan KOD VERIFIKASI seperti yang dipaprkan dan klik DAFTAR.
  • Dapatkan link pengaktifan melalui emel anda dan ikuti arahan pendaftaran yang tertera.

CARA MENGAKTIFKAN AKAUN JOBSMALAYSIA

Tahukah anda bahawa laman web JobsMalaysia telah dinaiktaraf dengan versi terkini iaitu JobsMalaysia 2.0.

Bagi anda yang terlupa kata laluan JobsMalaysia 1.0, sila :

  • Aktifkan semula dengan menggunakan emel sahaja.

Seterusnya sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Klik : RESET KATA LALUAN
  • Pilih salah satu cara pengesahan seperti EMEL atau TELEFON BIMBIT dan klik SETERUSNYA.
  • Kemudian masukkan KATA LALUAN, masukkan teks pengesahan dan klik RESET.
  • Semak emel anda dan lihat link AKAUN DISET SEMULA yang dihantar ke emel anda.
  • Klik PAUTAN PENGAKTIFAN untuk reset semula kata laluan anda. Cipta kata laluan baru dalam tempoh 24 jam dan sahkan kata laluan baru anda.
  • Ikuti setiap langkah demi langkah dan klik link pengaktifan emel tadi.
  • Setelah siap, login masuk ke JobsMalaysia 2.0.
Nota : Bagi status akaun JobsMalaysia 1.0 yang tidak aktif, gunakan langkah-langkah diatas untuk pengaktifan semula akaun. Tidak perlu daftar semula kerana profil Pencari Kerja anda akan menjadi akaun pendua sekiranya didaftarkan semula.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan atau sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan pengaktifan akaun JobsMalaysia, sila hubungi Call Centre seperti dibawah.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...