Cara Daftar Permohonan Kerja Kosong Sektor Kerajaan Melalui SPA8i

Peluang pekerjaan sememangnya menjadi rebutan bagi setiap individu di negara ini. Tambahan pula, jika peluang pekerjaan itu datangnya dari sektor kerajaan kerana masyarakat lebih menggemari pekerjaan dalam sektor kerajaan. Untuk mendapatkan peluang bekerja dalam sektor kerajaan, anda perlu mendaftar dengan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

SPA8i dibuka bagi memilih pekerja yang sesuai dalam sektor perkhidmatan awam di samping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam sektor kerajaan. Untuk memohon, anda perlu mendaftar akaun permohonan terlebih dahulu secara online melalui sistem yang disediakan.

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN SPA8i

Sebelum mendaftar di SPA8i, anda perlu meneliti beberapa syarat-syarat berikut:

1.) Calon yang ingin memohon haruslah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.) Permohonan jawatan adalah sebanyak 15 jawatan sahaja.

3.) Permohonan jawatan adalah berdasarkan konsep One Step Lower seperti berikut:

  • Calon yang mempunyai Ijazah boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

4.) Calon yang memohon tetapi tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di atas akan dibatalkan permohonannya.

CARA-CARA MENDAFTAR PERMOHONAN

Calon perlu mendafatar permohonan secara online. Berikut diterangkan cara-cara untuk anda daftar.

1.) Layari laman web Portal rasmi SPA. (Klik link di bawah)

Link laman web SPA : http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i

Permohonan SPA8i

2.) Klik pada butang Daftar Akaun Baru dan anda perlu mengisi nama serta nombor kad pengenalan anda dengan tepat seperti dalam kad pengenalan anda.

3.) Kemudian anda perlu mencipta ID serta kata laluan anda sendiri. Setelah myID dan kata laluan anda sah, anda perlu menggunakan myID dan kata laluan tersebut untuk tujuan log masuk. 

Permohonan SPA8i 1

4.) Setelah berjaya log masuk, anda perlu melengkapkan semua butiran-butiran yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON MENGIKUT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (SPM, STPM, STAM)

Selain daripada syarat-syarat umum, untuk mendaftar permohonan pekerjaan dalam SPA8i, calon perlu memeriksa kelayakan mengikut peperiksaan yang mereka ambil. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan berdasarkan tiga peperiksaan iaitu SPM, STPM dan STAM.

* SPM

Untuk layak memohon bekerja dalam sektor kerajaan, calon yang mengemukakan permohonan dengan menggunakan sijil SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya keputusan berikut:

1.) Lulus enam mata pelajaran dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

2.) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

3.) Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

* STPM

Sistem keputusan STPM telah berubah daripada sistem gred kepada sistem Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format ini setaraf dengan format yang digunakan di IPTA.

Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas untuk mata pelajaran berkenaan. Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003. 

Permohonan SPA8i 2

STAM

Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

1.) Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:

2.) Dua mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

3.) Satu mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

4.) Satu mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

5.) Dua mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

6.) Dua mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

7.) Dua mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

8.) Tiga mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

9.) Tiga mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

10.) Satu mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

11.) Satu mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

ATAU

B. Lulus sekurang-kurangnya empat  mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Permohonan SPA8I 3

 

TIADA DISKRIMINASI DALAM PEMILIHAN

Setiap calon yang memohon akan dinilai sama rata tidak kiralah sama ada calon daripada IPTA mahupun IPTS. Semuanya perlu memenuhi kriteria dan melalui tapisan serta merit yang ditetapkan. Calon yang melepasi tapisan ini pula akan dinilai ketika temu duga nanti. Diucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang memohon.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.