2 Cara Daftar 5 Program Pembangunan Asnaf Zakat Selangor. Percuma, Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

Pelbagai program telah diaturkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk golongan asnaf yang berdaftar dengan mereka.

Malahan, terdapat 5 jenis program yang diaturkan kepada golongan asnaf untuk diikuti dan istimewanya disini, program yang diaturkan adalah percuma! Jadi, peserta tak perlu membuat apa-apa bayaran ya!

Kalau begitu, macam mana nak daftar? Pendaftarannya sangat mudah kerana semuanya adalah secara online sahaja! Tengok langkah-langkah daftar disini.

TUJUAN 5 PROGRAM PEMBANGUNAN ASNAF ZAKAT SELANGOR

Mengapa Lembaga Zakat Selangor menyediakan Program Pembangunan Asnaf ini?

Tujuannya ialah:

  • Meningkatkan potensi golongan asnaf termasuk menjadi usahawan berjaya serta mempunyai pekerjaan stabil.

Bca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon

5 PROGRAM PEMBANGUNAN ASNAF ZAKAT SELANGOR

Jika anda nak tahu, terdapat 5 jenis Program Pembangunan Asnaf yang ditawarkan kepada anda semua iaitu:

  • Program Pembangunan Kerohanian Asnaf Fakir Miskin
  • Program Pembangunan Muallaf
  • Program Pembangunan Usahawan Asnaf
  • Program Latihan Kemahiran & Kerjaya
  • Program Pembangunan Kerjaya

Anda boleh pilih salah satu daripada program ini dan lengkapkan borang permohonan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Sebelum buat permohonan, baca dahulu syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan ialah:

  • Asnaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Terbuka kepada Ketua keluarga, pasangan dan anak-anak yang berumur 18 tahun keatas.
  • Mahir menggunakan alat komunikasi seperti komputer riba, telefon pintar dan lain-lain.
  • Mempunyai jaringan jalur lebar (internet) yang baik.

CARA MOHON

Seperti yang dinyatakan tadi, permohonan adalah secara online sahaja. Apa yang anda perlu lakukan?

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

2 Cara Daftar 5 Program Pembangunan Asnaf Zakat Selangor. Percuma, Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

  • Pilih salah satu daripada program yang ditawarkan.
  • Kemudian, lengkapkan permohonan anda dan hantar permohonan anda.

Atau buat imbasan Kod QR pada poster dibawah:

2 Cara Daftar 5 Program Pembangunan Asnaf Zakat Selangor. Percuma, Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor? Sila klik:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.