Cara Hilangkan Hangus Berkerak Pada Periuk Dan Kuali. Jimat Dengan Guna Bahan Yang Ada Di Dapur Sahaja

Sayangnya Periuk Dan Kuali

Anda berada dirumah sepanjang PKP ini dan sudah tentu anda memasak setiap hari dan menunjukkan skill memasak untuk seisi keluarga.

Bila anda terlalu rajin, habis semua periuk dan kuali yang ada dirumah ibu anda anda gosok. Kebetulan periuk kesayangan ibu anda yang anda gunakan telah berkerak hangus selepas anda memasak.

Kalau nak sental atau buang menggunakan pisau atau benda tajam yang lain, takut rosak pula kuali dan periuk tersebut.

Kalau tidak dicuci,habislah ibu akan berleter kerana periuk dan kuali kesayangan sudah hangus berkerak.

Bagaimana untuk mencuci kerak hangus yang ada pada periuk dan kuali ibu anda?

tip-cuci-periuk-hangus

Tips Untuk Hilangkan Kerak Hangus

Terdapat cara mudah untuk hilangkan kerak hangus di periuk dan kuali anda tanpa perlu membazirkan duit. Gunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.

1. Garam dan limau

Perahkan beberapa biji limau nipis, ikut kesesuaian besar periuk atau kuali. Kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

limau-nipis

2. Tomato

Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya yang terlalu tinggi. Lenyekkan tomato ke dalam periuk atau kuali anda dan biarkan semalaman. Sental periuk anda keesokan harinya.

tomato

3. Cuka Makanan dan Serbuk Penaik

Masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus. Kemudian didihkan. Selepas itu padam api dan campurkan dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus pada kuali tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat.

Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang tidak berapa nak tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

4. Minuman Bikarbonat

Jika kuali atau periuk anda hangus disebabkan gula atau ketika proses caramelizer, anda boleh menggunakan minuman bikarbonat untuk mencuci. Caranya dengan merendam kesan hangus dengan minuman bikarbonat selama 2 jam dan selepas itu ia akan tertanggal dengan sendirinya.

bikarbonat

5. Asam jawa

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan dalam kuali atau periuk yang anda ingin cuci. Tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih dia atas api buat seketika. Selepas didihkan, tunggu sehingga sejuk dan sental permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tertanggal.

ASAM-JAWA

6. Cuka

Bagi kerak hangus yang tidak keterlaluan, anda hanya masukkan cuka bersama 3 cawan air ke dalam periuk dan kacaukannya sehingga kerak tersebut tanggal sendiri.

cuka

7.Sabun mandi

Potong sabun mandi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk atau kuali dengan sabun tersebut. Selepas itu, sental guna berus dawai.

sabun-mandi-buku

8. Garam Kasar Dan Minyak

Sebaik sahaja selepas anda masak dalam keadaan periuk atau kuali anda masih panas, anda terus rednamkan ke dalam air. Basuh, bilas dan tanggalkan kerak hangus secepat mungkin. Ambil segenggam garam kasar dan ratakan sambil menyental kuali tadi sehingga kerak tersebut tanggal. Bersihkan semula kuali, lap sehingga kering dan panaskan semula kuali. Apabila sudah panas, padamkan api dan sapukan minyak keseluruhan kuali atau periuk dengan menggunakan berus.

garam kasar

9. Krim Tartar 

Rendamkan krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali yang ingin anda bersihkan.

krimtartar

10. Baking Soda 

Bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendakamkan bahagian periuk atau kuali yang hangus berkerak tadi selama 2-3 jam. Kerak hangus akan lembut dan mudah untuk disental.

baking-soda

Mudah dan jimat bukan?

Selamat mencuba dan hati-hati ketika memasak.

kualicantik

Sumber :

  • Impiana
  • SinarPlus
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.