Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi atau Dengan Ubat

2,302

Sakit Kepala / Pening / Migrain

Anda selalu sakit kepala walaupun anda tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh menjadi penyebab kesakitan di kepala anda? Kemudian kepala anda makin kuat berdenyut sehingga anda rasa pening dan mual sehingga terganggu kerja. Walaupun anda telah makan ubat, sakit kepala tetap tidak hilang.

Apa kata anda cuba hilangkan sakit kepala tanpa makan apa-apa ubat.

Jika anda kerap makan ubat, takut ianya memberi kesan yang tidak baik untuk tubuh badan pula.

Mari lihat tips untuk hilangkan sakit kepala tanpa ubat ini.

Tips Hilangkan Sakit Kepala

1. Minum Air Kosong

Cuba minum air kosong / teh / air limau. Kemungkinan tubuh badan anda memerlukan air. Jadi, anda minum air kosong / teh / limau purut sebanyak mungkin untuk menghilangkan rasa dahaga. Kemudian anda rehat sebentar.

limau purut

2. Guna Pek Ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau “numb”.
Jika tiada pek ais, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasar raya dengan tuala kecil.

Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

icepack

3. Limau Kasturi

Ambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.

Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika.

Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan badan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.

limau kasturi

4. Rendam kaki dalam air panas

Rendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Lalukan ini secara kerap untuk menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Rendamkan kaki selama 30 minit. Ia sesuai dilakukan ketika anda berehat di rumah setelah penat pulang dari kerja.

rendam kaki

5. Guna Epal Dan Cuka Epal Cider

Bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. manakala cuka epal pula boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.

Alternatif lain, letakkan 3 hingga 4 sudu cuka epal dalam air suam.

Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

epal cider

6. Letak Kain Basah Di Dahi

Sambil baring,letakkan kain basah yang sejuk di dahi anda.

Sama seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan.

Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

tuala atas dahi

7. Urut Leher Dan Kepala Anda

Menggosok dan mengurut leher atau kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala.

urut leher

8. Gunakan Pek Panas 

Sekiranya anda mengalami sakit kepala kerana stress, anda boleh cuba menggunakan pek panas atau suam ke leher atau belakang kepala anda. Sekiranya anda mengalami sakit kepala disebabkan sinus pula, anda boleh letakkan tuala hangat ke tempat yang sakit. Anda boleh rendamkan tuala ke air yang panas atau suam.

hot pek

9. Malapkan Lampu

Lampu atau cahaya yang terlalu terang atau berkelip boleh mengundang sakit kepala atau migrain. Asingkan diri anda buat sementara waktu daripada situasi tersebut sekiranya anda berada dalam keadaan tersebut pada jangka masa yang panjang seperti skrin komputer di tempat kerja anda. Pakai cermin mata hitam ketika keluar ke tempat yang panas terik. Anda juga boleh memasang skrin gelap ke skrin komputer

skrin gelap

10. Minum Air Isotonik

Anda boleh mencuba dengan minum air isotonik seperti 100 Plus dan Revive.

Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.

Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.

Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.anda.

air isotonik

11. Ambil Ubat Tahan Sakit Atau Paracetemol

Jika sakit kepala adalah serius atau masih berterusan, ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh digunakan.

Namun anda dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat ini terlalu kerap.

Jika masih lagi sakit, anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

ubattahan sakit

Mulai hari ini, mari kita amalkan cara ini untuk hilangkan sakit kepala / pening atau migrain. Ianya lebih baik daripada kita berterusan mengambil ubatan secara berterusan.

Sumber :

  • Facebook
  • Sirap Limau
  • Sinar Harian
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...